Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1332 articles
Browse latest View live

Musim Buah Kita Buat Resepi Kek Cempedak Harum Manis Dari Dapur Mahamahu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha terlambat sikit jer kalau ikutkan bulan lepas musim buah Cempedak penuh orang jual tepi jalan. Maha memang gila buah Cempedak terutama yang wangi harum dan manis memang makan begitu jer.


Kalau selalu korang akan buat apa dengan buah Cempedak mesti korang akan buat Cempedak Goreng macam resepi yang Maha pernah sharekan. Tapi kali ni nak buat sesuatu yang agak jarang orang buat walaupun dah ramai share resepi ni. Kali ni Maha cuba buat Kek Cempedak Harum Manis kenapa nama tu sebab bau bauh cempedak memang menggoda nafsu Maha.


Korang boleh buat sebab resepi ni mudah dan senang sangat tapi kena pastikan musim buah Cempedaklah baru dapat hasil yang terbaik. Jom kita tengok senari bahan-bahan yang Maha guna mesti korang pun akan cuba.


Bahan-bahan membuat Kek Cempedak Harum Manis.
250 gram Isi Cempedak (potong kecil)
250 gram Butter (dicairkan)
200 gram Gula Halus
250 gram Tepung Naik Sendiri
1/4 cawan Susu Segar
1 titik Pewarna Kuning
4 biji Telur

Cara-cara menyediakan Kek Cempedak Harum Manis


Ni video yang Maha sediakan untuk memudahkan korang nak buat kalau laju sangat tu korang slow motionkan sikit video ni. Cuma video ini kejap jer tak lama pun nak buat semua masuk dalam blander jer hehehe. Kalau rasa nak lagi menarik korang boleh masukkan isi cempedak yang dipotong kecil-kecil semasa nak bakar kek ini. Selamat mencuba semua ok.







Zainul Nasi Kandar Petaling Jaya Kata Orang Paling Champion Kat KL

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari kerja mesti time rehat cari tempat makan best bila kawan nak belanja. Kali ni mereka ajak Maha pergi makan kat kedai Nasi Kandar original dari Penang yang terbaik di Petaling Jaya.


Dari office tak jauh lah tapi faham-faham jer lah jalan dan parking kat area PJ ni memang agak menyiksakan. Tapi sebab nak cuba juga makan Nasi Kandar gagah juga pergi kali ni. Maha cuma tahu kalau nak nasi kandar kena pergi kedai mamak jer, tapi rupanya ada restoran Melayu yang memang asal Pulau Pinang.


Zainul Nasi Kandar firstime Maha tengok nampak kecil tapi kecil-kecil cili padi tau datang lewat sikit pukul 1.00 tengah hari bebaris lah korang tunggu makanan. Nasib hari tu datang awal pukul 12 jadi orang tak ramai dan tempat duduk masih banyak kosong.


Kawan Maha cakap kalau datang pukul 1-2 petang memang tak ada tempat duduk silap-silap balik hampa perut kosong. Tak tahu kenapa ramai orang tu yang buat hati Maha ni jadi betul-betul nak cuba makan kat sini sedap sangat ker.


Sistem kat sini kena baris untuk ambil makanan dimana setiap orang diberikan nasi sepinggan dan lauk pauk korang boleh pilih sendiri dan pekerja kedai yang akan isikan. Bila tengok lauk pauk kat kedai makan ni memang tak dapat digambarkan betapa betul ia kedai Nasi Kandar seperti di Penang.


Ada lauk paling popular iaitu Kari Kepala Ikan yang memang besar. Kemudian paling ramai orang ambil adalah Ayam Goreng yang memang garing dan panas dimasak dalam kedai tu. Saiz ayam juga ada dua jenis iaitu yang besar dan yang kecil jadi ikut nafsu korang nak makan macam mana jangan membazir sudah.




Kemudian ada lagi banyak lauk lain sepertiSotong Goreng Tepung, Telur Ikan, Ikan Gorengperlbagai jenis,Bergedildan macam-macam lagi. Dilazatkan lagi dengan kuah kari yang ada macam-macam jenis yang pekat, yang manis, yang kaw-kaw rasanya korang boleh pilih sendiri.


Tapi bila tengok satu hidangan ini nampak macam biasa sebenarnya bila rasa baru tahu sedapnya macam mana. Nasi Kandar gabungan antara nasi dengan kuah kari yang pelbagai dan juga lauk pauk serta sayuran. Kat sini mereka sertakan sayur togeh goreng kalau tak nak pun boleh ambil sayur lain.


Makan Nasi Kandar mesti kena dengan keropok Papadom yang saiz besar ni. Baru ada kerangupan dalam kepedasan kari mereka. Teliur bukan bila tengok dan Maha puji restoran ni sebab memang makanan mereka terbaik. Harga pun baik Maha makan ni nasi kosong, Ayam Goreng besar dan juga sayur RM8.00 sahaja. Kalau tambah lauk lain harga jadi lain lah yer.


Lepas ni boleh datang lagi kerana dekat dengan office. Kalau korang yang nak cuba boleh datang ker Medan Selera MBPJ, Komplek C, Lorong Sultan, Seksyen 52, Petaling Jaya. Kedai ni kata mereka bukak hari-hari dari jam 9pagi hingga 6petang. Kedai rekmen dari Maha selamat mencuba semua.

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5





Restoran Pla Pla Seafood Sediakan Makanan Laut Masakan Thai

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jom kali ni kita makan masakan Thai yang menyediakan hidangan makanan laut pulak. Restoran Pla Pla Seafood terletak di Equine Seri Kembangan. Restoran ni kalau sapa selalu pergi AEON Seri Kembangan ia dekat jer kalau nak lagi senang boleh waze.


Maha datang sini sebab tiba hari tu nak makan masakan Thai jadi cari punya cari jumpa lah restoran ni. Sebab tengok ramai orang selalu datang sini jadi teruslah datang sini. Kat sini macam restoran lain duduk dan ada pekerja akan datang ambil order dengan menu-menu yang disediakan.



Tengok menu banyak tapi time Maha datang tu mungkin awal sangat kot banyak makanan yang tak ada. Ikan pun ada ikan Siakap jer ikan lain tak ada lagi jadi teruslah order Ikan Siakap Masam Manis. Lepas tu macm biasa akan order Tom Yam Campur sebab ni restoran Thai kena cuba wajib ni.

Ikan Siakap Masam Manis

Tom Yam Campur

Sayur lak Maha order Kailan Ikan Masin tu jer yang suka hehehe. Kemudian tambah lagi Kerabu Sotong dan juga Daging Masak Kunyit memang menyegat. Nak lengkap lagi makan malam ni Maha order Telur Bistik simple tapi puas makan.

Kailan Ikan Masin

Kerabu Sotong

Daging Masak Kunyit

Kawan Maha pula tambah lagi Sup Ekor sebab dia tak makan Tom Yam kerana tak makan pedas katanya. Minuman pula macam biasa lah kat restoran Thai mesti order air buah baru kena dengan makanan yang pedas dan panas.

Telur Bistik

Sup Ekor

Kalau yang nak makan santai-santai korang boleh order Keropok Leko kat sini sedap juga keropoknya hanya RM2.00 jer satu pinggan tu. Puas lah makan malam kat restoran ni harga pun boleh tahan tak lah mahal Maha makan semua ni hanya RM100 sahaja termasuk air untuk 3 orang. Korang rasa ok ker atau tak harga tu.

Keropok Leko

Menurut laman Facebook restoran ni mereka enerima tempahan untuk majlis harijadi, anniversary dan apa-apa lagi majlis dengan budget yang minimun. Mereka akan sedaikan pakej katering dan juga dekorasi yang pasti membuat majlis kenangan terindah korang. So mungkin ni salah satu restoran yang korang boleh masukan dalam list boleh pergi ok. Selamat mencuba.

Alamat : Lot 17G, Jalan Equine 1A, Persiaran Dr. George Lim Ah Soo, Seri Kembangan

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





100 Menu Popular Orang Malaysia Yang Ramai Tak Tahu Tapi Mereka Suka

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Boleh tak korang senaraikan antara 100 menu popular pilihan rakyat Malaysia tak kisahlah menu yang dimasak sendiri atau dijual dimana-mana. Mesti banyak menu yang bermain difikiran korang bukan sejak dari zaman kecil sampailah dewasa.


Tak payah susah-susah nak senaraikan semua menu sebab Maha nak bagi tahu korang kat mana boleh dapat semua menu-menu tersebut. Hanya dalam 1 buku sahaja segala yang menjadi memori makanan korang ada dalam buku ini. Buku 100 Menu Popular Orang Malaysia adalah cara paling mudah nak tahu semua menu ni.


Ok lah Maha cite sikit pasal buku ini ia telah diterbitkan oleh Karangkraf dan nama penulis buku ini akak Orket Abdullah. Terima kasih kak Nani atas buku yang cukup menarik ni kak Nani pula adalah editor luar dan foodstylist yang lama dah Maha kenal dalam Facebook.

Kak Nani dankak Orket semasa promosi buku di konti SuriaFM

Hari tu semasa makan buffet di Kuala Lumpur International Hotelberkesempatan bertemu kak Nani dan kak Orket buat pertama kali ni. Orangnya pendiam jer tapi banyak ilmu masakan dalam dirinya kerena akak ini ada busniess katering di Johor Baharu.


Tu serba sikit pasal penulis buku ni dan sekarang Maha nak share sikit pasal buku pulak. Dalam ni ada 7 segment utama yang membezakan antara menu nasi, menu lauk pauk dan sayuran, ala carte, meny kuih muih, menu manisan dan minuman, menu roti pilihan juga paling menjadi kegemaran ramaiiaitu menu snek dan kudapan.


Semua menu-menu ini dikumpulkan daripada koleksi sendiri dan ada juga menu yang dapat dari warung, gerai, penjaja tepi jalan, bazar Ramadhan, pasar malam dan Food Truck yang menjadi pilihan orang Malaysia. Buku ni simple jer kalau korang nak cari menu-menu dalam ni semua disusun dengan terarut dan juga gambar-gambar yang menyelerakan.

Nagasari Cendol

Dalam menu ni bukan sahaja ada gambar tapi juga ada resepi ringkas tapi lengkap untuk korang cuba. Sesuai sangat bagi orang baru nak belajar memasak juga orang bujang macam Maha ni kerana bahan-bahan memasak dan cara memasak yang mudah diikuti.

Masak Lemak Sepat Masin Nanas

Korang boleh tengok sendiri beberapa menu yang Maha sempat cuba dalam buku ni. Menu pilihan Maha adalah Masak Lemak Sepat Masin Nanas dan juga Nagasari Cendol. Nanti Maha sharekan resepi dan cara yang Maha buat ikut buku ni. So korang dah boleh dapatkan buku ni dipasaran di semua kedai-kedai buku. Bila pula buku penulisan Mahamahu nak keluar pulak yer doakan lah hehehe.






Ketahui Pemenang Pertandingan Memasak Jom Airfry Dan Menang Anjuran IJN Bersama Philips Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Baru-baru ni telah berlangsungnya pertandingan memasak peringkat akhir anjura Institust Jantung Negara dan juga Philip Malaysia


Pertandingan ini bertujuan untuk menyokong seruan Hari Jantung Sedunia oleh Persekutuan Jantung Sedunia, yang bermatlamat meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kardiovaskular (CVD). Ye lah penyakit jantung adalah pembunujh no1 di Malaysia jadi makan kena sihat.

EncikMuhammadAliJaleel, Ketua PegawaiEksekutif, KumpulanSyarikat PhilipsMalaysia

Sebelum ke peringkat akhirnya semua peserta akhir menghadiri sesi masterclass di mana mereka berpeluang belajar daripada Chef Selebriti Zamzani Wahab dan Puan Mary Easaw. Maha patut kena belajar ni sebab makan kena jaga maklumlah semakin saiz hehehe.


Pada peringkat akhir semua peserta diuji dengan kotak misteri macam dalam program Masterchef pulak. Dalam masa sejam mereka perlu mencipta hidangan sihat untuk makanan utama dan juga pencuci mulut menggunakan Philips Airfryer


Pengadil pada hari tu adalah Dato’ Seri Dr Mohd Azhari Yakub, Puan Mary Easaw, Chef Selebriti dan penulis buku resipi Marina Mustafa dan Encik Muhammad Ali Jaleel. Tahniah kepada pemenang utama pasangan emak dan anak Chan Hee Mooi dan Angeline Ng dari pasukan Yummy Mommy membawa pulang Philips voucher RM10,000 dan juga voucher kesihatan bernilai RM3,000.

Kumpulan Yummy Mommy menjadi juara


Tahniah juga pada kawan Maha Ayu Rafikah dan anaknya Adriana Badzlyn dari kumpulan Sweetie dapat tempat ketiga. Kira ok lah korang memang otai yer. Tahniah sekali lagi pada semua pemenang dan juga pnganjur untuk program yang sihat ini. 





Resepi Dari Buku Nagasari Cendol Di Dapur Mahamahu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok lah maha bocor satu rahsia macam mana Maha belajar memasak. Mula-mula kenal dapur memasak mesti dari rumah dan hasil tunjuk ajar sifu utama iaitu mak Maha. Terima kasih mak Puan Rahmawati Abdul Ghani kerana didikan terbaik buat anak mu ini.


Tu masa Maha mula start belajar memasak dan memantapkan lagi ilmu masakan Maha banyak belajar daripada blog dan buku. So tiada alasan untuk wanita-wanita bujang luar sana atau suri rumah yang tak pandai memasak boleh sahaja nak belajar cuma minat atau tidak.


Tak semestinya kita masak tu kena kreatif tapi kena ada kesungguhan. So resepi kali ni Maha nak share ngan korang resepi mudah dan pasti sedap, Maha belajar dari buku 100 Menu Popular Orang Malaysia yang maha cite sebelum ni. Resepi nya adalah Nagasari Cendol dan ini popular di negeri Johor, jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan.


Bahan-bahan membuat Nagasari Cendol

40gram Cendol
1 cawan Tepung Jagung
2 sudu teh Tepung Hon Kwee
1 cawan Gula Pasir
1 sudu teh Garam
500ml Santan
1200ml Air
2 helai Daun Pandan
Daun Pisang untuk membalut

Cara-cara menyediakan resepi ni boleh tonton kat sini senang jer.


Macam mana rasa nak cuba tak resepi kuih tradisional ni. Maha mula-mula tak tahu cara nak buat kuih ni kerana tak kenal apa tu Tepung Hon Kwee. Bila Google baru tahu macam mana rupanya jadi pergilah cari kat pasaraya ada jual harga RM2.60 kot tak silap. Dari situ Maha dah belajar banyak perkara ok. Jadi jangan takut nak belajar kerana kita belajar dari kesilapan. Selamat mencuba semua.





Rasamas Restoran Pertama Di Malaysia Yang Menyediakan Roaster Rasa Asia dan Barat

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Malaysia ni memang kaya dengan pelbagai hidangan makanan terutama yang berasaskan ayam. Kalau pergi pasar malam saja banyak gila gerai-gerai yang jual ayam golek.



Kat Rasamas ni mereka bukan sekadar ayam panggang biasa mereka ada dua rasa yang cukup berbeza iaitu Percik Roasters dan juga Pepper Roasters. Bagi Maha yang lidah Melayu ni memang akan pilih percik lah sebab ayam yang disadur dengan rampah ratus special membangkit rasa tradisional Melayu.

 Pepper Roasters

Percik Roasters

Kalau nak beli ayam seekor kat luar dalam RM14 kan tapi kat sini ayam seekor siap perap dan masak lagi hanya RM19.90 sahaja. Gila tak murah Maha kalau macam tak sempat nak masak memang singgah beli jer ayam seekor kat sini senang.

Menu yang simple tapi lengkap


Kalau datang kat Rasamas ni korang jangan risaulah untuk pilih set atau ala cart yang ada semua memenuhi keperluan anda. Contohlah kalau macam Maha yang datang seorang atau berdua jadi boleh ambil Ala Cart set seperti ini.



Ada dua menu ayam juga disertakan dengan Tauhu Jepun juga bersama sup dan sos cili mereka. Pastu korang boleh order air sekali tak ada masalah. Harga untuk set ini hanya RM 13.90 cukup lah kenyangkan.



Bagi yang datang family pula boleh pilih untuk set family seperti ini ada satu ekor ayam, 4 nasi, 4 air, 4 sup dan 4 sos cili juga ada 3 side dish korang boleh pilih. Jadi tak perlu nak order banyak-banyak tak membazir memang cukup sesuai. Harganya pula hanya RM 40.90 sajo.

Hidangan selain ayam yang memikat


Masa Maha datang makan kat Restoran Rasamas ni tengok punya tengok menu ada pula pilihan lain yang macam menarik.
Ada kat sini Asam Laksa dan juga Mee Kari yang saiz agak besar kalau bagi seorang wanita nak makan bagi habis, kalau macam Maha ni memang boleh habislah hehehe.

Asam Laksa

Mee Kari

Yang Asam Laksa ni siap ada seekor ikan sardin dalamnya memang kata orang ikan sardin tu buat penyedap hidangan ni. So pada yang tak makan ayam nak diet boleh lah pilih dua menu ni. Harganya pula dalam lingkungan RM9.40 semangkuk.

Brownie with Ice Cream

Tak lengkap hidangan makan kita kalau tak ada pencuci mulutkan. Jangan risau yang ada di Rasamas ni pun dah cukup menawan hati iaitu Brownie with Ice Cream. Rasa pekat coklat yang mengalir atas kek diselangi dengan kesejukan aiskrim vanilla wow menyengat. Apa tunggu lagi pakat serbulah cawangan Rasamas yang dekat ngan korang.

Lokasi strategik mudah dikunjungi


Ada 9 cawangan Rasamas seluruh Malaysia ni. Bukan setakat kat KL jer kat negeri lain pun ada seperti kat Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Selangor. Sini Maha senaraikan cawangan dengan lokasi mudah untuk korang pergi nanti ok.

1)    Warta Bangi Utama, Bandar Baru Bangi Selangor
2)    Giant Batu Cave, Gombak Selangor
3)    Aeon Bukit Tinggi, Klang Selangor
4)    Sunway Carnival, Seberang Prai Pulau Pinang
5)    Tesco Mergong, Alor Setar Kedah
6)    East Coast Mall, Kuantan Pahang
7)    Megamall Kuantan, Pahang
8)    Gaint Kuala Terengganu, Terengganu
9)    KPJ Tawakal Hospital, Kuala lumpur



Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5





Buffet Lunch Makanan Jepun Yang Sedap Ada Di Gen Japanese Restaurant

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang penggemar makanan Jepun tidak? Maha ni nak kata minat sangat tu tak adalah tapi kalau dapat makan sekali sekala menarik juga. Kali ni pergi makan hidangan buffet tengahari di Gen Japanese Restaurant Sunway Putra Hotel.


Maha selalu juga datang kat Sunway Putra Mall yang sebelah hotel sebab tu dapat tahu tentang buffet lunch makanan Jepun. Rasa Maha ni yang pertama kot orang buat konsep buffet makanan Jepun sebab selalu hotel atau restoran mesti makanan Malaysiakan. Tapi ini peluang nak makan puas-puas pada satu harga sahaja.


Tempat makan yang disediakan juga sangat sesuai dan menarik macma tempat yang Maha dapat ni seperti bilik makan kat rumah di Jepun. Ada meja rendah dan juga peralatan Jepun terbaik tapi bilik ni terhad kena booking dulu ok.


Bagi set lunch ini akan berubah setiap minggu jadi korang akan dapat rasa menu yang berbeza setiap minggu.
Masa Maha datang tu ada hidangan Sushi Roll, Sashimi dan Sushi Maki wajib kena cuba. Makanan Jepun yang orang paling cari bila datang restoran Jepun betul tak. 


Kemudian untuk main dish konsep buffet ada juga Niniku Chahan, Yaki Pasta, Chicken Sukiyaki Gratin, Butter Fish Temppanyaki dan Winter Melon with Mince Chicken. Maha paling suka bila makan nasi Jepun ni sebab lembut dan agak sticky buat kita cepat kenyang hehehe.






Bahagian goreng-goreng pula ada seperti Prawn Roll, Fried Wanton dan Breaded Crab Claw. Yang ni ramai kana-kanak suka sebab set untuk buffet ini bukan orang dewasa jer tapi kanak-kanak pun boleh ok.
California Maki
Classic Japanese Mackerel - Saba Shioyaki Grilled
Japanese Salmon

Juicy Tori Teriyaki

Crunchy and Crispy Ebi Tempura

Kalau makan hidangan Jepun tak perkena dengan Green Tea mereka memang tak sah. Set buffet ni memang dengan minuman tu. Ok tu untuk makanan mesti korang tanya pulak dengan harga. Special price untuk dewasa hanya RM78 nett dan untuk kanak-kanak pula harga RM39 nett dari hari Isnin hingga Jumaat pukul 12.00 tengh hari hingga 2.30 petang.



Sebelum ni pun mereka ada set a la cart yang menyediakan juga masakan Jepun. Paling best untuk set a la cart ni ia cantik dan menarik kerana disusun dalam bentuk BENTO dengan semua hidangan lengkap. Kalau nak order yang ni pun boleh juga dengan harga RM39 nett sahaja. Tunggu apa lagi mai kita cuba hidangan Jepun pula selamat mencuba semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 03 4040 9888
Email : dinesph@sunwayhotels.com
Facebook : www.facebook.com/sunwayputrahotelkl


Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5




Hilton Petaling Jaya Menyediakan Persiapan Deepavali Buat Warga Kota

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kita kan rakyat 1 Malaysia semua perayaan kita sambut baru meriah. Tapi bagi orang macam Maha ni apa yang best bila tiba perayaan ni? Mesti lah cuti wakakakaka. Untung jadi rakyat Malaysia setiap perayaan kita meraikan dengan meriah.


Tak lama lagi dalam minggu ni kita akan meraikan Deepavali mesti time tu banyak muruku dan kuih muihkan. Tapi kat mana nak cari makan-makanan ni semua sebab tak ada kawan India sekarang ni, boleh lah korang pergi kat Restoran Paya Serai Hilton Petaling Jaya. Kat sini mereka menyediakan hidangan masakan India daripada Chef S.Vengadesan, Ketua Tukang Masak India.


Kalau korang ada masa kat KL boleh singgah hotel ni untuk buffet makanan sempena dengan Deepavali yang telah bermula dari 24 Oktober hingga 7 November2016 ini. Terdapat lebih daripada 30 jenis hidangan masakan India yang disediakan ini masa untuk korang tahukan.


Selain Muruku ada juga Biryani Lamb Shank ni memang ramai orang suka ni. Kemudian ada pulak Rajastani Laal Maas, Crab Varuval, Mysore Chicken, Malabar Mackrel Curry dan banyak lagi. 







India popular dengan rotikan kat sini pun ada Thosai yang boleh dinikmati dengan pelbagai jenis kuah seperti Idli, Saaru/Rasam dan Huli/Sambar. Maaflah Maha tak dapat explane detail semua menu tu korang boleh tengok gambar yang disediakan ok hehehe.



Masyarakat India juga kalau raya ada kuih raya mereka sendiri macam kita. Cuma kuih raya mereka banyak berasaskan kekacang dan manis. Kalau kat sini korang boleh lah cuba manisan sepeti Rasmalai, Rava Kheer, Jelebi, Gulab Jamun, Pineapple Kesari, Coconut Candy dan juga paling popular Laddhu.








Buffet lunch kat sini harga hanya RM104 nett bagi dewasa dan RM58 nett bagi kanak-kanak. Manakala buffet dinner pula harga RM119 nett untuk dewasa manakala RM64 nett bagi kanak-kanak. Bagi yang nak Hi-Tea hujung minggu juga disediakan dengan harga RM114 nett bagi dewasa dan RM60 nett untuk kanak-kanak.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 03 7955 9122 ext. 4060/4056
Facebook : www.facebook.com/hiltonpetalingjaya

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5




Rupanya 5 Makanan Ini Tidak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalunya orang bujang macam Maha ni memang akan buat cara mudah untuk simpan semua barang dalam peti sejuk. Tapi sebenarnya tak semua boleh simpan dalam peti sejuk rupanya baru Maha tahu. Nak tahu bahan apa jom kita baca sini ok.


Madu

Madu paling senang nak dijaga sebenarnya hanya letak dalm bekas tutup rapat dan simpan kat rak dapur jer. Tak perlu letak dalam peti sejuk ini kerana kalau letak dalam peti ia akan mengeraskan lagi madu dengan cepat. Itu akan menyusahkan kita untuk menggunakan madu itu bila dikeluarkan dari peti.


Kopi

Kopi elok letak dalam peti untuk menyedut bau hapak dalam peti tetapi selepas itu biji kopi ini tidak boleh digunakan untuk dijadikan minuman sebab dah rasa lain. So terpaksa buang sahaja lah lepas tu.


Kentang

Buah yang tak boleh letak dalam peti adalah kentang kerana ia akan menjadikan buah tu lebih cepat lembik. Ini kerana kentang mengumpul semua kesejukan dan berubah menjadi cecair dan itu yang terdapat dalam kentang tu nanti.

Bawang

Bawang yang diletakkan di dalam peti ais bukan sahaja akan menjadi lembik tetapi mudah berkulat tambah-tambah yang telah dikupas atau telah digunakan separuh. Jadi kalau nak gunakan bawang pastikan guna habis sebiji jangan simpan-simpan lagi.


Avokado

Waktu beli, buah avokado ni padat dan keras. Ia memerlukan masa untuk menjadi ranum dan mempunyai rasa yang enak berlemak. Bila disimpan dalam peti, ia menghentikan proses ia menjadi ‘masak’ kerana suhu yang sejuk.



*Gambar dari Pixabay.com




10 Masakan Makanan Laut Yang Wajib Dicuba Bila Datang Ke KL Seafood Market

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa tau kat mananya KL Seafood Market? Tak jauh pun sebenarnya betul-betul berada tengah Kuala Lumpur sahaja. Kalau sapa yang selalu ke Taman Tasik Perdana dan park dekat parking bertingkat belakang Bukit Aman tu akan jumpa restoran ni yang berada ditingkat 5 sahaja.


Restoran KL Seafood Market ini baru sahaja beroperasi katanya dalam bulan 7 macam tu lah tahun ini.
Kini mereka mempromosikan makanan laut yang segar sama seperti moto mereka 'Segar Dari Laut Terus Ke Pinggan Anda'.
Percaya atau tidak semua ini akan merubah persepsi korang bila tengok semua menu yang disediakan ini. 




Ada 10 menu wajib korang kena cuba bila datang ker sini tapi sebenarnya ada banyak lagi cuma yang ini sempat Maha cuba. Jadi jangan buang masa lagi mai kita tengok dan rasa sendiri kesedapan dan kesegaran makanan laut yang ada di sini.

1) Ketam Indonesia


Ketam ini kita panggil kat Malaysia Ketam Batu tapi di restoran ini ketam ni diimport dari Indonesia kerana kata mereka ketam disana saiz lebih besar dan isi lebih sedap. Betul mereka tidak bohong korang tengok sendiri ketam yang masih dalam bekas tu yang diikat kerana masih hidup dan segar. 


Lepas tu apabila dimasak ia menjadi seperti ini yang korang tengok tengok ini adalah Ketam Indonesia Masak Masam Pedas. Adalah menu yang memang menjadi perhatian ramai orang bila datang ker restoran makanan laut. Ini kerana rasa ketam ini lebih terselah bila dimasak dengan rasa dan rempah ratus yang betul. Meleleh air liur ok bila tengok bila rasa lagi lah tak boleh nak kata apa-apa.


Kemudian ketam ni juga popular dengan masakkan Ketam Indonesia Masak Krim Mentega kalau orang putih sebut Butter Cream Crab betul tak. Ini pun satu hidangan yang membuka selera tambah time kita lapar. Kalau tak nak makan dengan nasi menu ini disediakan satu set roti untuk korang pilih dan roti ni lembut di dalam tapi garing di luar memang sedap sangat Maha suka ok.


 

2) Sotong Masak Telur Masin


Sotong kalau kita suka buah masak berkuahkan tapi dengan konsep masakan Cina yang ada di restoran ini ia sesuai sangat dimasak dengan telur masin seperti ini. Sotong satu jer kalau nak tahu ia segara atau tidak bila kita gigit ia agak liat dan tidak lembik jadi memang betul sotong itu fresh.


Jaminan moto mereka di restoran ini memang masih dikekalkan dan kita dapat rasa akan kesemasinan telur merah yang digunakakan dalam masakan dimasak sebati dengan sotong yang rangup dan membuka selera. Maha boleh habis satu pinggan ini ok kalau makan sorang-sorang jangan jelous.

3)  Udang Harimau Masak Mentega Dan Serunding Telur


Ok yer mereke guna udang harimau bukan udang-udang biasa yang murah tu tak main lah. Sebab tu tengok saiz udang tu sahaja dah buat nafsu makan bergelora nak habiskan cepat. Kalau mereka yang kaki kail udang ini memang tahu antara yang betul kualiti atau tidak.


Bagi Maha ni tahu makan jer sebab masak mentega ini wajib pilihan bila datang restoran makanan laut. Jadi tak lengkap kalau tak ada semua ini betul tak. Tambah-tambah yang datang dengan family ramai puas hati makan kat sini.

4) Ikan Tilapia Goreng Bersama Sos Belacan


Korang pernah rasa tak masakan sos belacan ini. Selalu kita rasa ikan tiga ras jer kan tak pun ikan masak masam manis. Tapi ini masak sos ciptaan mereka sendiri dan dapat rasa belacan yang padan dengan ikan Tilapia yang digoreng garing terbaik toq.


Rasa macam tak cukup sekor kalau datang 5 sekeluarga mesti nak kena sekurang-kurangnya dua ekor. Harga ikan ikut kilogram dan harga pasaran ok.

5) Ikan Bawal Steam Bersama Sos Asam


Ini pun satu lagi yang lain daripada lain ikan stim disira dengan sos asam. Bagi Maha yang makan malam tu sos asam ini seperti rasa Masak Asam Pedas tau. Tengok dalam sos tu pun ada kacang bendi, ada terung ada tomato memang rasa unik sangat.



Korang mesti cuba sebab ia adalah menu yang agak baru bagi Maha. Kalau nak masak stim halia pun boleh ikut selera masing-masinglah kan. Tapi ini terbaik bagi Maha mesti kena try.

6) Nasi Goreng


Makan seafood bagi kita orang Melayu ni tak sah tanpa nasi bukan mesti nak kena ada betul tak. Mereke sediakan bukan sahaja nasi putih tapi Nasi Goreng yang ada pelbagai citarasa ikut selere. Satu ni Nasi Goreng Petai Pedas & Udang korang boleh tengok sendiri saiz petai. Kalau tak mulut bau kepam tak tahu lah memang terbaik petainya tapi agak pedas sikit kanak-kanak kurang sesuai kot.


Kedua pula ada satu lagi nasi yang menjadi keistimewaan restoran ini iaitu Nasi Goreng “Chef Signature”. Dah nama pun pilihan chef jadi ia memang nasi goreng yang special hanya ada kat sini tak ada tempat lain. Nasi ni sesuai untuk kanak-kanak hehehe.



7) Bihun Goreng Lala


Kalau yang tak makan nasi boleh cuba pula Bihun Goreng Lala ini pun satu yang mesti ada dalam menu kat restoran seafood. Kalau tak ada mereka tak pandai lah tu nak buat hehehe. Maha suka sebab Lala dalam bihun ni banyak sangat jadi puas makan tak habis hehehehe.


8) Kai Lan 2 Rasa


Last sekali korang mesti kena cuba sayur ni jangan asyik nak makan seafood jer kena ada keseimbangan dalam menu betul tak. Jadi korang boleh pilih Kai Lan ini kerana ia special di mana satu bahagian batang direbus dan satu bahagian lagi daunnya dicarik-carik dan digoreng garing terbaik.


So dah cite kat korang terbaik punya tempat makan seafood yang betul-betul dekat KL ni. Lepas ni boleh datang sini lepak-lepak dengan kawan-kawan pejabat ker ajak boss belanja ker sekali sekala apa salah. Mereka ada private room yang lengkap siap ada karaoke lagi tau boleh melalak sambil makan. Tak pun kalau family datang KL nak cari seafood bawa mereka datang sini.




Sebab tempat ini selesa dan luas juga parking yang banyak tak perlu risau dah nak kena saman atau nak park jauh-jauh kat bawah restoran ini ada 4 tingkat parking. Sekali lagi lokasi restoran ini adalah di Jalan Tangling Taman Tasik Perdana betul-betul kat atas parking bertingkat ini ok. Restoran ini buka setiap hari dari pukul 11.00 pagi - 3.00 petang untuk makan tengahari dan juga 6.00 petang - 10.00 malam untuk makan malam. Jadi tak rugi datang cubalah selamat menjamu selera.

Maklumat lanjut layari :-
Instagram : @KLSeafood

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5





Cipta Coklat Anda Sendiri Di KitKat Chocolatory Yang Pertama Di Asia Tenggara

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ada hantu coklat ok kalau pergi mana-mana mesti akan beli bawa balik coklat tak kiralah besar atau kecil. Ini kerana menurut kajian coklat dapat memberi ketenangan jiwa kepada pemakannya jadi banyak makan coklat untuk kawal emosi anda.


Tapi bukan tu motif utama Maha kali ini nak cerita bahawa korang dah boleh hasilkan jejari manis coklat special mengikut kehendak korang sendiri. KitKat Chocolatory adalah konsep kedai di mana korang boleh pilih dari peringkat awal untuk menghasilkan coklat kegemaran korang.


Kedai coklat yang diasaskan oleh KitKat ini pasti lain daripada yang lain kerena lebih daripada 10,000 jenis coklat boleh dihasilkan. Sapa tak kenal coklat jenama KitKat memang dah tahu sedap tak terkata Maha suka sebab dalam coklat ada wafer yang rangup disalut dengan coklat berkualiti ma.


Firstime datang ker KitKat Chocolatory baru buka yang terletak di tingkat 2 Centre Court Mid Valley Megamall. Kalau sapa-sapa yang selalu datang shopping atau tonton wayang kat sini sesuai sangat singgah ker kedai konsep KitKat ini.


Cara nak buat coklat sendiri ni mudah sahaja mereka menyediakan pelbagai perisa coklat dan korang hanya perlu pilih 3 sahaja perisa yang ada untuk dijadikan coklat anda sendiri. Di sana mereka ada sediakan kiosk atau kaunter untuk memudahkan korang membuat pilihan, pesanan dan bayaran.


Pada coklat tu nanti korang boleh letakkan pesanan khas buat insan yang tersayang untuk korang hadiahkan coklat tu atau juga boleh letakkan gambar kenang-kenangan sebagai tanda ia adalah coklat ciptaan anda. Bestkan konsep ni patutlah masa perasmian hari tu ramai gila orang datang.



KitKat Chocolatory ini telah di rasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj pada 22 Oktober baru-baru ini. Kini kedai ini telah dibuka sepenuhnya setiap hari untuk tempahan.


Korang juga boleh buat tempahan secara dalam talian melalui laman web 11street. Maha dan buka memang ada 'KitKat Chocolatory Customize Your Own'. Selain tu juga kar kedai ini mereka menjual coklat KitKat edisi khas dengan citarasa tempatan seperti coklat perasa Nasi Lemak yang pertama di dunia, cafe latte, pisang, Durian dan Nenas. Ini memang rare untuk masa yang terhad sahaja korang boleh order online juga semua ni. Jadi tunggu apa lagi jom serbu KitKat Chocolatory sekarang juga.








Kafe Yang Simple Dan Menarik Dari Korea Beans N Beans

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu lagi kafe yang menarik dan boleh santai dengan kawan-kawan tampa makan yang berat-berat. Kat Beans N Beans Korean Cafe ini ada pelbagai pencuci mulut Korea jadi agak unik.


Maha berkesempatan makan hari tu sebab ada kawan ajak jumpa area Damansara Uptown so tak tahu nak lepak mana jadi sini lah pilihan yang ok. Tahu-tahu lah area Uptown tu memang susah nak cari parking jadi tabahlah datang sini ok. 

Choco Bingsu

Antara yang menarik kat Beans N Beans ni korang dapat makan Bingsu yang sejuk dan manis. Kalau kat Malaysia lebih kurang ABC lah tapi ni lagi besar dan pelbagai perasa ada. Kalau korang suka ia ada perisa Choco Bingsu seperti yang Maha ambil ni, kemudian ada Caramel Popcorn Bingsu, Patgi Bingsu, Greentea Bingsu, Cheese Bingsu dan Konggi Bingsu

Garlic Cheese

Kalau minum jer tak ada makan tak best jugakan hari tu Maha order satu set dengan roti special. Kat sini pilihan roti pelbagai sebab semua roti sedap. Yang Maha pilih ini adalah Garlic Cheese memang kuat rasa cheesenya, kemudian ada Cinnamon Honey, Croque Monsieur, Redbean Cheese dan Injulmi Honey


Sangat sesuai kat sini nak minum petang atau makan tengahari dan malam sebab ada juga sandwich dan pelbagai pilihan sup. Jadi bagi Maha pilihan ini menarik dan mampu membuka selera. Kalau yang nak kopi kat sini pun ada pelbagai pilihan tapi Maha kurang sikit minum kopi. Dengar kata Beans N Beans ni ada banyak cawangan kat KL ni jadi pilihlah mana korang suka ok. Selamat mencuba.





Tahukan Anda Taman EKO Rimba KL Adalah Hutan Simpan Paling Tua di Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. KL ni orang kata hutan bangunan kerana penuh dikelilingi bangunan yang tinggi-tinggi. Tapi tahukan kita bahawa di tengah-tengah KL ni masih ada hutan simpan paling tua di Malaysia.


Itu lah ia Taman EKO Rimba KL yang teletak di antara Jalan Ampang dan Jalan Raja Chulan. Kalau senang nak cari boleh cari Bukit Nanas atau juga Menara KL. Datang naik Monoril pun boleh tau tempat ini korang turun di stesen Bukit Nanas. 


Maha pertama kali sampai sini sebab tengok kawan-kawan duk upload gambar-gambar kat sini menarik sangat. Sebab paling best kat sini ada jambatan gantung sepanjang 200meter. Kat sini masih ada pokok hutan yang tinggi-tinggi dan besar-besar. Nasihat Maha kalau datang sini jangan lah pakai kasut tumit tinggi dan juga kain kerana nak panjat jambatan gantung tu agak mencabar.




Kat sini masih dapat rasa kawasan hutan walaupun tengah-tengah KL. Korang boleh kenal pokok-pokok hutan yang masih kekal dan juga beberapa haiwan liar yang ada kat sini. Maha sempat jumpa monyet yang bergayut-gayut kat pokok-pokok ni.


Kalau datang ini untuk beriadah sambil keluarkan peluh boleh juga. Maha pertama kali datang memang berpeluh juga jalan kat sini. Kalau nak datang photoshot pun menarik tau kat sini memang kawasan hijau dan bersih.


Bila korang jalan sampai penghujung jambatan gantung tu koran boleh sampai ke kaki Menara KL. Kat kawasan kaki menara pula ada macam-macam yang menarik. Ada UpsideDown House atau rumah terbalik lah dan banyak lagi. Tu korang kena datang sendiri ok nak tahu apa lagi yang best.


Setakat yang Maha datang Taman EKO Rimba KL ni masih free tiada sebarang bayaran di kenakan. Ia dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 7.00 malam. Banyak kemudahan yang ada kat sini surau, tandas dan macam-macam lagi jadi tak perlu risau. Habiskan masa korang di sini memang menarik. 








Ada 5 Restoran Ayam Penyet Di Wangsa Maju Tapi Satu Ni Sangat Power Lain Dari Yang Lain

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ayam penyet ni dah macam jadi trend lak kat negara kita bila sekali masuk berduyun yang nak buat restoran yang sama. Tapi hakikatnya tidak seperti mana yang kita sangkakan kerana mereka tidak betul-betul mengikut resepi yang sebenar.


Itu yang membezakan antara banyak-banyak restoran ayam penyet yang ada di Wangsa Maju dengan restoran ini.
Restoran Ayam Penyet Ria adalah yang pertama dibuka di Wangsa Maju dan juga merupakan restoran berasal dari Indonesia. Jadi semua resepi yang disediakan adalah original daripada negara seberang.


Maha ni bukan memilih tapi sebab nak tahu mana satu restoran ayam penyet yang terbaik jadi Maha pergi sendiri cuba makan di restoran ni. Kalau tengok rupa semua macam lebih kurang sama ayam penyet tapi bila rasa kita tahu maha lagi power.


Restoran ini bila Maha makan ayam penyet bersama sambalnya baru tahu ia memang lain daripada yang lain. Sambalnya bukan seperti sambal belacan biasa atau sambal goreng biasa tapi rasa kepedasan dan kemasaman sambal tu membuatkan ia power. Kalau kanak-kanak memang tak galak makan sambal ini jadi nak kurangkan kepedasan sambal ni mereka akan sediakan satu lagi sambal yang dicampur dengan kicap manis. 

Set Ayam Penyet (RM12.90)

Hari tu makan memang banyak kerana nak tahu sedap ke tidak. Maha order hari tu Set Ayam Penyet dan Set Ayam Penyet Bakar. Satu ayam penyet yang ada keriuk-keriuk rangup di atasnya dan ayam digoreng garing di luar dan lembut di dalam. Satu lagi ayam bakar yang dibakar panas-panas dengan rempah ratus yang special tak tahu nak cakap macam mana.

Set Ayam Penyet Bakar (RM14.20)

Rahsia kesedapan ayam penyet kat sini adalah dimana ayamnya direbus selama 1 jam untuk memastikan dagingnya lembut. Bila digoreng garing kat luar dan isinya boleh dicarik-carik sungguh lembut dan sedap.


Ikan Bakar Penyet (RM14.20)

Itu baru ayam penyet ada juga Set Lele Penyet dan Ikan Bakar Penyet. Yang ini untuk mereka yang nak cuba set ikan. Satu tu ikan keli dan satu lagi ikan Talapia memang sedap. Dalam set ayam penyet atau ikan mesti ada Tauhu dan TempeGoreng tu wajib. Kemudian dengan sambal itu yang membezakan ayam penyet sini dan semua tempat lain.

Set Lele Penyet (RM10.50)

Jangan salah sangka ok Maha order banyak sebab hari tu makan dengan kawan-kawan jadi memang cuba semua. Pada yang nak makan nasi dan sup Maha cadangkan korang ambil set Sup Rawon. Daging ini memang sangat lembut dan tidak liat serta rasa rempah sup makan dengan sambal pedas terangkat ok.

Sup Rawon (RM9.90)

Last sekali untuk dessert pula Maha telah cuba Gado-Gado di mana makanan asal dari Indonesia ini adalah makanan sayur-sayuran yang direbus dan digaul bersama dengan sos kuah kacang juga ada keropok didalamnya. Jadi ia menjadi hidangan lengkap semua ada dan rasa sangat sedap.

Gado-Gado (RM7.90)

Keropok Ikan

Keropok Melinjo (Emping)

Kat Indonesia sangat popular bukan dengan Teh Botol kat sini pun ada juga ok. Korang boleh pilih nak Teh Botol yang dalam botol atau dalam kotak rasanya sama saja. Kemudian paling best kena cuba Bandung Gembira ni ada rasa bandung dan juga soda dalamnya. Hari tu sangat kenyang Maha dapan makan original Ayam Penyet yang special.

Teh Botol dan Bandung Gembira

Masa nak bayr tu Maha ada nampak notis yang mereka juga menyediakan tempat untuk mana-mana pihak nak menganjurkan majlis private atau majlis harijadi. Tempat yang agak luas dan diasingkan untuk majlis korang jadi tak ganggu pelanggan lain. Juga boleh order untuk delivery terus ke rumah atau ke pejabat anda mudah bukan.




Sapa-sapa nak datang sini jangan risau boleh waze jer Restoran Ayam Penyet Ria atau korang datang ke Wangsa Walk korang jangan masuk dalam korang cari kat luar Jalan Wangsa Delima 12 sebelah dengan kawasan parking atau Bank Islam dekat-dekat situ je lah. Restoran ni buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Selamat mencuba semua.


Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5




120 Outlets Restoran PappaRich Seluruh Malaysia Menyajikan Makanan Penuh Nikmat

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Restoran PappaRich tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia yang suka kepada masakan asli Malaysia. Konsep mudah jer restoran ni masakan yang sedap mesti datang dari kasih sayang betul tak.


Maha ni pun jarang-jarang masuk makan kat restoran seperti ini tapi bila dapat peluang cuba makanan kat sini memang teruja. Biasa kalau restoran seperti ini ada makanan pembuka selera atau appetizer pastu baru pergi kepada makanan utama atau main course dan last sekali pencuci mulut.




Tapi kat sini korang dapat rasa semua masakan dari pelbagai bangsa di Malaysia kerana kita ni kan negara yang berbilang kaum. Bagi hidangan pembuka selera yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia adalah Hainan Toast with Butter + Kaya. Menu ni simple kadang-kadang orang datang sini order set ini bersama kopi atau teh untuk sarapan pagi pun boleh. Juga boleh order Fried Dumplings yang mana selalunya dumpling ni dikukus tapi kat sini digoreng garing.

Hainan Toast with Butter + Kaya

Fried Dumplings

Lepas tu kita pergi kepada menu utama yang membuktikan hidangan Malaysia adalah pelbagai. Kat restoran macam ni jer ada semua ni tempat lain selalunya asing-asingkan. Paling menarik perhatian Maha adalah Kampung Fried Rice with Egg yang mana korang leh rasa dalam ni ada udang kering, ikan bilis dan juga daging ayam bersama sayur Kangkung. Sesuai untuk makan seorang dan memang boleh kenyang.

Kampung Fried Rice with Egg

Lagi hidangan nasi yang ada kat sini iaitu Pappa Chicken Rice yang menjadi pilihan ramai. Ini kerana nasi ayam kat sini rasa sangat padan dengan nasi, ayamnya, sup dan juga sos dan kicap. Rasa lemak rasa kelembutan ayam semua cukup.

Pappa Chicken Rice

Bagi yang tak makan nasi atau mencari mee korang boleh cuba di sini iaitu Wan Tan Hor with Prawns + Chicken Slices. Hidangan ni kalau orang Melayu kita panggil Kuey Teow Kungfu. Tengok banyak bahan-bahan yang dimasukkan dalam hidangan ni tak kedekut. Satu lagi hidangan pilihan ramai adalah Pappa Char Kuey Teow. Peminat hidangan ni wajib cuba kat restoran ni dapat rasa yang asli.

Pappa Char Kuey Teow

Wan Tan Hor with Prawns + Chicken Slices

Masih lagi kat menu utama kalau mereka yang nak cari hidangan lebih lite dan tak healthy ini 2 pilihan terbaik iaitu Naan with Chicken Roll & Cheese dan juga Naan with Tuna & Cheese. Kedua-dua hidangan ini disediakan dengan roti naan yang dibakar dan rasa garing bila digigit. Cuma bagi tekak orang Melayu macam Maha ni suka ada tambah cili padi kot dalam tuna tu baru dapat rasa pedas-pedas sikit, tu selera Maha lah kan tapi kanak-kanak sesuai juga untuk makanan ini.

Naan with Chicken Roll & Cheese

Naan with Tuna & Cheese

Sesudah makanan utama kita cuba pula pencuci mulut tradisional Malaysia. Di sini ada 2 hidangan Sago yang terbaik mesti kena try iaitu Egg Pudding with Sago dan juga Sago with Gula Melaka. Kedua-dua makanan Melayu ni memang menyelerakan dan sweet jer rasanya.

Egg Pudding with Sago

Sago with Gula Melaka

Pada yang nak dessert ala-ala barat sikit korang boleh cuba pelbagai jenis kek yang ada. Tapi yang Maha maklumkan sekarang ni kek ni tak semua cawangan ada jadi yang Maha pergi ni kat Centrepoint Bandar Utama ada. Kek menjadi pilihan adalah New York Cheesecake, Strawberry Cheesecake, Pudding Oreo Cheesecake dan paling Maha suka iaitu Mango Cheesecake.

New York Cheesecake dan Strawberry Cheesecake

Pudding Oreo Cheesecake dan Mango Cheesecake

Pecinta kek ini adalah masa korang kalau nak minum petang sambil makan kek memang sini tempatnya. Korang juga boleh order kek-kek untuk saiz 1kg mana tau nak buat majlis harijadi ker kan. Order secara dalam talian dan kek ini boleh terus dihantar ke rumah korang.

Pappa ABC Special with Ice Cream

Selain daripada makanan sini ada juga minuman yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Mestilah kena ada Pappa ABC Special with Ice Cream dan juga Pappa Cendol ni. Minuman yang memberi kesegaran dan kemanisn selepas makan semua yang berat-berat.

Pappa Cendol

Selain daripada minuman ais tu ada juga kopi khas yang dihasilkan sendiri oleh PappaRich. Paling best ada kat sini iaitu Papparich Stevia White Coffee yang mana kita tahu stevia adalah pengganti gula yang lebih sihat. Minuman ni korang boleh minum kat restoran ni atau juga boleh beli bawa balik macam yang Maha ada ni. So boleh bancuh bila-bila masa waktu kat rumah atau pejabat.



Sekarang ni juga Restoran Papparich mengadakan promosi Dim Sum diseluruh cawangan. Promosi ini menyediakan korang dengan 1 set Dim Sum yang terdiri daripada Beancurd Sheet Roll atau Chicken Glutinous Rice bersama dengan minuman. Minuman ni pula boleh pilih dari kopi, kopi O, Cham, Teh Tarik dan Teh O. Promosi ini pada harga RM8.90 sahaja satu set dan hanya valid sehingga 30 November 2016 ini sahaja. 
 
 
Beancurd Sheet Roll

Chicken Glutinous Rice

Jadi tunggu apa lagi serbu sekarang juga semua cawangan Restoran Papparich yang ada di Malaysia. restoran ini beroperasi setiap hari dan nak tahu semua lokasi restoran juga waktu operasi boleh layari laman web mereka. Jadi korang boleh makan hidangan Malaysia pada taraf restoran yang menarik macam ni. Bila lagi nak belanja family atau kawan-kawan datang makan kat PappaRich. Selamat menjamu selera semua.

Lokasi dan waktu operasi Restoran Papparich
Laman web : http://papparich.com.my/pr/malaysia

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5




Cheese Terbaik Dunia Datang Dari Negara Eropah Dan Penyediaannya Pun Lain

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Cheese sapa tak minat memang sangat rugi kerana rasa lemak dan juga keenakan yang membuatkan setiap makanan bertambah sedap. Pasti cheese buatan dari negara seperti Spain, Germany, Switzerland, Italy dan banyak lagi menjadi pilihan.

Chef Pierre Gay

Berkesempatan baru-baru ini mempelajari dan mengenali cheese yang sedap-sedap ni memang satu pengalaman yang berharga. Ilmu daripada chef terkenal Pierre Gay seorang yang pakar dari Perancis. Chef ini juga adalah salah satu pengusaha cheese tertua di negaranya yang cukup popular.


Chef ini memberi inspirasi ke dalam dunia keju Eropah melalui bengkel Cheese Trail yang diadakan di The Cooking House Bangsar bersama dengan Bleu Blanc Brunch. Kelas hands-on mengajar kita bagaimana untuk menggabungkan keju tradisional Eropah ke dalam resipi yang diilhamkan dari Asia.


Hari tu tetamu yang datang dapat belajar memasak resepi seperti Croque Monsieur with Shitake Mushroom, Cheese Fondue Scented with Smoked Tea dan Onion and Asia Smoked Garlic Gratinée. Sebenarnya keju ni boleh masak hidangan sejuk ke panas, manis ke pedas, dari pembuka selera kepada pencuci mulut dan ia hanya memerlukan beberapa item tambahan ditambah kepada bahan utama untuk menjadikan ia sedap. 

Onion and Asian Garlic Blue Cheese Gratinee

Cheese Fondue Scented with Smoked Tea

Croque Monsieur with Shitake Mushroom

Maha juga kadang-kadang ada guna cheese dalam masakan seperti resepi Cotton Cheese Kek Dari Dapur Mahamahuni. Banyak masakan Malaysia yang boleh guna cheese ni jadi dengan banyak pilihan kita tak perlu risau untuk dapatkan produk cheese yang berkualiti dan terbaik dari ladang. 

Contoh Cotton Cheese Kek gambar dari Google

Masa kelas memasak hari tu chef juga sempat memperkenalkan beberapa jenis keju yang popular dan sering digunakan dalam masakan Eropah. Di antaranya Stilton dari the United Kingdom, Aged Gouda dari Netherlands, Parmigiano-Reggiano dari Italy, Manchego dari Spain, dan beberapa cheese yang popular dari France seperti Saint-Nectaire Fermier, Mont d'or, Camembert de Normandie, Salers, Maroilles, Bleu de Gex, Brillat, Savarin, Moulis dan Col de la Core.


Maha sendiri pun tak pernah dengar dan tak tahu keju-keju ini tapi nampak menyelerakan bila diguna dalam masakan. Jadi lepas ni jangan takut nak gunakan keju dalam masakan kerana ia adalah penambah kesedapan masakan anda. Selamat mencuba ok.





Masakan Jawa Resipi Pedal Masak Ungkep Dari Dapur Mahamahu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masak lagi kali ni tapi resepi ini agak menarik dan mudah untuk dicuba oleh orang bujang macam Maha ni. Resipi masakan Jawa jom kita cuba Resipi Pedal Masak Ungkep.


Selalunya resepi ni mereka masak menggunakan daging ayam kerana ia selalu dihidangkan pada hari raya. Tapi kali ni kita gunakan pedal ayam sebab nak ubah citarasa orang bujang. Sebelum ni Maha ada share banyak resepi kat korang-korang semua kalau rasa nak ulang tayang balik boleh pergi ker bahagian Recipe ditab blog Mahamahu.


Bahan-bahan yang Maha gunakan untuk resipi ini mudah dicari.

300 gram Pedal Ayam
2 biji Cili Padi
2 batang Serai
1 biji Bawang Besar
1 keping Asam Gelugor
1 batang Kulit Kayu Manis
2 biji Bunga Lawang
2 sudu Minyak Masak 
1/2 biji Bawang Besar
1/2 biji Cili Merah
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk halus

1 sudu teh Jintan Manis
1 sudu teh Ketumbar
1 inchi Halia
2 inchi Kunyit Hidup
1 biji Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
3 biji Cili Padi

Cara penyediaan resipi ini kena tonton sampai habis tau baru sedap.



Jadi siaplah semua resipi dari negara seberang ni untuk kita buat makan tengah hari atau juga makan malam. Makan dengan nasi putih memang layan juga ni terbaik. Rasa rempah ratus tu yang buatkan ia seperti masakan rendang tapi tak ada santan dalam ni tau. Bolehlah yang bujang-bujang nak masak hari cuti nanti ok. Selamat mencuba.




Buffet Rasa India Untuk Makan Malam Di TEMPTationS Hotel Renaissance Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hidangan india dah sinonim dengan kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum ni. Nak cari pun tak susah kerana merata temat ada. Tapi nak cari yang betul-betul disediakan oleh Chef jemputan dari Negara India sendiri agak sukar.


Di TEMPTationS Hotel Renaissance Kuala Lumpur ada membawa Chef Himanshu Roye terus dari Negara India dalam menyediakan masakan original negara tersebut. Menggunakan kepakaran yang sebenar dan juga rempah ratus asli pastinya hidangan kat sini memang menyelerakan. Maha berkesempatan untuk singgah makan di hotel ni memang terbaik.

Chef Himanshu Roye sedang membuat demontrasi masakan Khurchan

Pasti kalau makanan India tidak lepas dengan kari dan juga rempah ratus lain. Paling special untuk buffet makan malam kali ini adalah Khurchan. Ni firstime Maha dengar nama makanan ni walaupun selalu pergi cuba makanan India tapi ini agak unik. Untuk hidangan ni chef profesional akan memasak secara live depan tetamu yang hadir.


Khurchan ini adalah gabungan Pav Bhaji iaitu campuran sayur-sayuran yang dimasak bersama rempah dan Keema adalah gabungan daging iaitu ayam atau kambing juga dimasak dengan rempah rahsia. Hidangan ni dimasak dengan api yang perlahan dengan dapur panas dan boleh dimakan bersama dengan roti prata atau makan dengan nasi. Maha dah cuba memang terangkat.

 







Lepas tu juga ada pelbagai lagi hidangan India lain yang memang tak sama dengan masakan India di Malaysia. Walaupun nampak macam biasa di Malaysia tapi rasa memang lain dari pada yang ada di Malaysia. Korang boleh cuba Nasi Briyani, Tandori Ikan, Chicken Tikka dan Tandori Lamb Chops. Pastu kat bahagian dessert pulak macam biasa ada Laddu dan juga Gulab Jamun

Juga menyediakan menu masakan antarabangsa


Selain makanan India mereka yang mengambil pakej buffet dinner kat sini juga boleh nikmati hidangan lain yang ada disediakan bersama. Jadi tak adalah bosan satu jenis sahaja kan ada lagi variasi masakan Melayu, China, Jepun dan juga Italian. Banyak sangat makan jadi Maha bagi gambar kat korang agar boleh bayangkan macam mana rupanya hidangan ni.







Juga kat bahagian pencuci mulut tu ada manisan yang popular seperti Kek Red Velvet, Kek Pandan Tiramisu dan macam-macam lagi. Cuma jangan makan banyak lah nanti potong kaki lak hehehe rasa sikit-sikit boleh lah. Pastu ada juga buah-buahan dan pelbagai lagi jenis roti bersama dengan soup pilihan. 






Apa tunggu lagi dengan hanya harga RM145 nett seorang dewasa manakal seperuh harga untuk kanak-kanak umur 6 hingga 12 tahun. Promosi untuk dinner ini telah bermula dari 11 Nov dan akan berakhir pada 30 Nov2016 sahaja. Kat mana pastinya TEMPTationS yang terletak di Eat Wing level lobi Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Datang dan booking tempat korang untuk sekali sekala rasa hidangan masakan India original ni. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi 
Tel : 03 2716 9388
Email : rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com
Facebook : www.facebook.com/RenaissanceKL

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5




Las Carretas Menu Masakan Mexico Original

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mana lagi nak cari restoran Mexico kat Malaysia ni yer. Maha ada jumpa satu restoran Mexican kat Subang Jaya. Las Carretas menyediakan makanan Mexico hebat dengan pilihan yang baik seperti Steaks, Ribs, Pasta dan Seafood. 


Restoran ni terletak di Jalan USJ 10/1F Subang UEP sangat mudah waze jer mesti jumpa. Restoran ni buka setiap hari 12.00 tenghari hingga 10.00 malam setiap hari. Bukan makanan sahaja malah hiasan dalam restoran ni penuh dengan barangan Mexico termasuk dinding bewawrna kuning terang. Maha masuk restoran ni pun terpegun sebab banyak barang yang menarik dan tak pernah jumpa silap-silap korang nak beli hiasan tu hehehe.



Pasti makan kat restoran macam ni kena mula dengan pembuka selera. Maha pilih Nachos atau Mussel Habanero & Crispy Chips Corn membangkitkan nafsu makan. Lepas tu Maha order pula untuk makanan berat Filete de Salmon Asado a la Parilla. Maha ni memang suka ikan salmon jadi menu ni pilihan Maha.



Kawan Maha pula telah pilih Wagyu Cheeks dengan makanan daging yang sedap bersama rempah ratus dan dimasak dengan sempurna. Semua ni memang membuatkan kita rasa nak makan lagi dan cuba semua sebab semua sedap-sedap.


Selain daripada apa yang Maha makan tu mereka juga menyediakan seperti Fajitas, Camarones Ajillo, Chimichangas, Quesadillas, Enchiladas, Tacos, Guacamole, Nachos, Back Ribs, CAAB Short Ribs, US Rib-eye, Australian Grain-Fed Rib eye, T-Bones, Home-Smoked Short Ribs dan Home Smoked Beef Brisket.


Nak cuba semua tak berani sebab takut campuran yang digunakan. Restoran ni tak ada sijil halal jadi kalau korang rasa nak datang tak ada masalah. Apa pun mereka ada 3 cawangan iaitu Subang, Ampang dan DamansaraHeights. Selamat menjamu selera semua ok.


Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5



Viewing all 1332 articles
Browse latest View live