Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1331 articles
Browse latest View live

Ibu Mengandung Dilarang Tengok Resipi Kedondong Asam Boi Ni

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Banyak rupanya buah yang boleh dibuat Jeruk Asam Boi ni yer. Maha sendiri pun cuba beberapa jenis buah sebelum ni Maha guna buah Mangga dan satu lagi resipi Maha guna buah Rambutan.


Tapi kali ni Maha gunakan pula buah Kedondong yang jarang kita jumpa kat KL ni. Kalau pandai cari boleh lah jumpa sebab sekarang buah ni berbuah tak ikut musim. Sebab teringin jadi lah buah Resipi Kedondong Asam Boi yang mudah dan sedap ni. Orang-orang yang mengandung dilarang tengok resipi yer takut ada yang mengidam hehehe.


Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha guna untuk membuat resipi ini.

600 gram Buah Kedondong
2 sudu besar Madu
4 biji Cili Padi
10 biji Asam Boi
2 sudu besar Serbuk Asam Masin
 


Walaupun resipi ni nampak mudah tapi Maha buat juga video yang singka tini agar korang leh ikut step by step ok.



So bagaimana rasa mudah tak nak buat. Sebab tu kita boleh cuba satu resipi kepada pelbagai jenis bahan lain. Mana tahu jadi sedap dan boleh kita makan. Terima kasih pada yang dah pernah cuba resipi Maha yang sebelum ini. Kalau korang rasa nak share mana-mana video di Youtube Mahamahu boleh sahaja tiada larangan ok. Selamat mencuba semua.






Petua Semulajadi Nak Hilangkan Parut Kesan Demam Campak Terutama Dimuka

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Saja jer ni nak cari petua orang yang kena demam campak nak hilangkan kesan parut yang agak lama tu. Terutama pada bahagian muka yang paling jelas kelihatan kadang-kadang buat kita hilang keyakinan.

Tak ada kajian saintifik untuk petua-petua ini tapi kalau mengikut kandungan bahan yang ada dalam sesetengah bahan semulajadi ini mungkin boleh kita gunakan. Jom kita tengok apa yang orang ramai selalu gunakan untuk petua-petua menghilangkan parut akibat demam campak ini.

Aloe Vera

 


Tumbuhan yang orang kita panggil lidah buaya adalah satu tumbuhan yang kita tengok kat dalam pasu orang buat pokok hiasan. Ada juga orang gunakan untuk rawatan rambut dan juga kulit. Ambil bahagian dalam daunnya iaitu lendir dan sapu terus pada kulit yang bermasalah itu.

Daun Bambu

 


Daun ini selalu dijumpai dalam hutan atau semak samun sahaja kerana ia tidak dikomersialkan untuk perubatan. Cara nak gunakan daun ini adalah dengan tumbuk daun ini sehingga lumat dan campur dalam tepung digaul dengan air. Jadikan seperti bedak sejuk yang disapu pada bahagian muka untuk kurangkan parut demam campak tu.

Madu

 


Madu yang kaya dengan nutrien semulajadi adalah pelembab yang baik. Madu juga ada bahan peluntur yang dapat menipiskan parut. Ianya menggalakkan penghasilan kulit baru pada kawasan parut dengan menyediakan nutrien penting kepada kulit. Bancuh madu bersama air dan jadikan scrub kulit. Gosok perlahan biar kering selama 20 minit sebelum basuh. 


Air Kelapa Muda



Paling mudah dan paling senang nak cari kerana ada banyak jula tepi jalan cuma harga mahallah sikit. Rawatan air kelapa ini bukan sahaja minum boleh sapu pada bekas parut demam campak dan boleh juga mandi dengan air kelapa yang dicampur dengan air mandian. Tapi sanggup ke mandi air kelapa yang agak mahal tu hehehe.



*Gambar dari pixabay.com





Lepas Nasi Lemak Anak Dara Kini Viral Roti Canai 3 Beradik Pulak

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tak habis lagi tentang viral isu Nasi Lemak Anak Dara yang dari satu cerita ke satu cerita dicanang dalam media sosial. Kini mucul pulak kisah Roti Canai 3 Beradik yang semuanya diusahakan oleh adik-beradik perempuan di Kelantan.


Telah tersebar kat akhbar semalam tentang kisah menarik 3 beradik perempuan yang mengusahakan perniagaan gerai roti canai di Kampung Chetok. Pemilik kedai makan tu adalah kak yang juga seorang ibu tunggal kepada 2 orang cahaya mata. Manakala 2 lagi adalah adiknya yang juga turut sama membantu dalam perniagaan ini.

Tulisan dalam akhbar tu kehebatan kedai mereka adalah bukan kerana kemanisan wajah sahaja tapi kerana mereka pandai menebar roti canai yang hasilnya sungguh sedap dan lembut. Ni mesti wartawan lelaki yang pergi cover berita ni patut lah puji lebih hehehe. Mereka ni baru jer bukan kedai roti canai ni dalam 2 bulan tapi telah mendapat sambutan ramai. Malah setiap hari lebih 200 keping roti canai berjaya dihasilkan dan habis dijual.


Tu lah orang kata rezeki kalau kita tak cuba tak tahu bukan. Bukan Maha nak dengki pada mereka tapi syukur kerana anak muda sekarang dah tak ada perasaan malu untuk mencari rezeki yang halal. Asalkan ada usaha semua boleh jadi cuma orang yang malas sahaja akan bagi seribu alasan. 

Moga usaha anak-anak muda dan juga wanita yang rajin seperti mereka ini terus menjadi inspirasi kepada pemudadan pemidu di luar sana. Heran juga yang viral mesti kedai anak dara yang bujang-bujang ni nak kerja buat apa baru viral yer hahahaha.






Filem Aksi #66 Mula Tayangan Serentak Di Malaysia Dan Indonesia Pada 17 November 2016

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni ada satu filem baru yang mula di tayangkan pada pada 17 November 2016. Filem #66 bergenre aksi dari negara seberang ini nampak lebih real dan penuh seni mempertahankan diri. Filem terbitan Creative Motion Pictures membariskan pelakon-pelakon hebat.


Diantaranya adalah Asun Mawardi selaku sutradara dan juga pemegang watak utama juga bersama Donita, Yayu AW Unru, Franki Darmawan, Erwin ST Bagindo, Ali Syehan,Fandy Christian, Djaitov Tigor, Hendra Louis, , Joshua D Pandelaki, Ricardo Silenzie dan ramai lagi. Seidkit sinopsis untuk filem ini bagi anda yang suka akan filem sebegini.

Sinopsis 


#66 (Asun Mawardi) adalah seorang pembunuh upahan yang ditugaskan membunuh seorang informer polis untuk melindungi sebuah organisasi jenayah, tetapi dia lari dengan duit upahan ke luar negari, tanpa menyelesaikan tugasnya kerana mahu meninggalkan kehidupan jenayahnya.


#66 memutuskan untuk kembali ke rumahnya, tapi dia tidak diterima oleh keluarga kerana selama ini dia menghilang tanpa kabar berita dan membuat keluarganya kecewa. Akhirnya #66 memutuskan bekerja sebagai pemandu dan pengawal peribadi gadis cantik bernama Fara (Donita) yang ternyata adalah anak dari ketua organisasi jenayah.



Berniat ingin keluar dari masa lalunya kini #66 terperangkap lagi di dunia jenayah. Semakin ia mengetahui tentang keluarga Fara, semakin terbukti bahwa mereka bekerja untuk ahli jenayah dan adiknya Ari (Ricardo Silenzie) menjadi pengedar dadah. Mereka berdua terseret semakin jauh kerana ditugaskan menghancurkan sarang dadah dan membunuh geng musuh.



#66 berusaha untuk berdamai hapus masa lalunya, kegagalannya, dan membangun kembali hubungan dengan ayah dan adiknya. #66 dihadapkan pada pilihan untuk tetap loyal dengan pekerjaannya atau melindungi keluarganya.




Buah-Buahan Bersama Ayam Panggang Gabungan Mantap Dalam Kenny Rogers Roasters Fun Fruity Feast

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kenny Rogers Roasters (KRR) terus komitet untuk memberikan makanan yang sihat kepada rakyat Malaysia. Kali ini kembali sempena dengan tahun baru dah cuti hujung tahun promosi yang penuh dengan kebaikan buah-buahan.


Itulah dia Fun Fruity Feast promosi kali ini di semua cawangan restoran KRR di Malaysia. Maha tengok promo banner mereka pun dah nampak ceria warna-warni dan penuh dengan kesegaran. Bukan untuk kanak-kanak sahaja promosi kali ini untuk semua peminat KRR seluruh Malaysia.


Masih kekal dengan roasted chicken yang popular tapi kali ini dilimpahi dengan kuah yang dihasilkan dari buah-buahan iaitu campuran Mangga dan juga buah Markisa. Gabungan dua ini memang menjadi dan kena dengan daging ayam yang berempah tu Maha dah rasa memang sedap.

Garlic Parsley Potato

Vanilla Roselle Muffin

Set kali ini datang dengan Kenny homemade Muffin perisa Vanilla Roselle dan juga Garlic Parsley Potato. Yang kentang ini Maha sangat suka sebab kalau makan macam tu jer dapat rasa kentang yang lembut juga aromatic garlic butter juga parsley flakes.

Merry-Go-Fruity

Melangkap kan set kali ini juga dalah air minuman perisa baru yang dihasilkan juga dari buah-buahan. Nama minuman ini Merry-Go-Fruity gabungan daripada beberapa buah antaranya buah Naga, Roselle dan juga Jambu Batu bersama dengan Lemon Juice. Wow yang ni terbaik segar jer bila dapat minum.

Fruity Favourite Meal

Fruity Chicken Meal

Bagi peminat-peminat setia KRR boleh mula nikmati promosi ini dari sekarang di semua cawangan dengan 3 set yang lengkap disediakan. Set pertama Fruity Favourite Meal harga RM19.90, set kedua Fruity Soup Meal harga RM22.50 dan set ketiga Fruity Chicken Meal harga RM19.90.

Fruity Soup Meal

Sempena Fun Fruity Feast, KRR menawarkan promosi Take-it-Home Fruity Feast hanya RM68.80 yang datang sekali dengan Kenny's Fruity Whole Chicken dan 1/2 dozen Vanilla Roselle Muffin juga empat botol Merry-Go- Fruity minuman bernilai RM38.00 secara PERCUMA. 


Wow banyak bukan promosi KRR mereka ni memang sentiasa menghargaan peminat setia ayam mereka sebab tu sentiasa cari kelainan untuk setiap promosi. Macam yang sebelum ni mereka ada buat promosi Sambalicious yang menggoda. Kali ni pula semua tentang buah-buahan yang menyelerakan dan sihat. Jom cuba sekarang juga.


Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5



Masa Untuk Aktiviti Cuti Sekolah Dengan Cabaran The Melaka Thousand Tales of Adventures

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bila tiba cuti sekolah lokasi untuk korang bersama keluarga dan anak-anak mesti ker Melaka kerana kat situ banyak tempat menarikkan. Banyak lokasi bersejarah tapi itu yang biasa kita tahu sebenarnya ada satu lagi tarikan terbaru di bandar bersejarah ini.


The Melaka Thousand Tale of Adventures satu lagi lokasi yang mesti dikunjungi masa cuti sekolah nanti. Ibu bapa boleh bermain bersama anak-anak bukan mainan biasa tau ia ada cabaran dan menguji minda sekeluarga. Terletak di tengah-tengah Bandar Melaka berhampiran dengan Menara Taming Sari.


Pengembaraan fatasi yang mencabar dan menyeramkan


Pengembaraan dalam tempat ini adalah perjalanan fantasi Sinbad yang mana bermula dengan anak-anak dan ibu bapa perlu menggunakan kecerdasan untuk memecahkan kod rahsia dan membebaskan diri dari perangkap harta karun, melepaskan diri daripada ancaman haiwan-haiwan yang menyeramkan, dan melarikan diri daripada serangan penjahat.



Kalau korang dapat tengok rekabentuk dan kelengkapan dalaman ni menyamai suasana pengembaraan sebenar dunia Sinbad. Penggunaan kesan efek yang menarik pencahayaan dan juga warna membangkitkan rasa teruja bila mengembara.


Pengalaman berperang dengan ahli sihir 


Bila lepas semua cabaran kod rahsia di akhir pengembaraan ini korang akan bertarung dengan ahli sihir yang kejam melalui simulasi 7D. Ini paling menarik di mana ia dilengkapi dengan simulasi visual, pegerakan, air, asap, dan unsur-unsur lain untuk memberi sebuah pengalaman yang realistic. Melalui simulasi ini, kita akan berinteraksi dengan watak-watak di dalam tayangan itu melalui senjata yang menggunakan teknologi 7D.



Ini satu pengalaman baru yang tiada di tempat lain bagi anak-anak dan juga ibu bapa. Rasa tak rugi datang kalau bawa family atau datang sendiri dengan kawan-kawan memang menguji minda dan tenaga korang. Tiket untuk masuk tempat ini pula hanya RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak dan juga warga emas. 



Kalau korang tempeh tiket secara dalam talian ada lagi diskaun 20%-50% memang menguntungkan. Jadi apa tunggu lagi plan cuti sekolah yang akan datang ni ada lagi pilihan tempat yang menarik untuk dikunjungi. The Melaka Thousand Tales Of Adventures beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, Isnin – Khamis (10am – 7pm) dan Jumaat – Ahad (10am – 9.30pm).

Tempahan tiket boleh hubungi:-
1.    Telephon Bimbit: 010-978 8805 (Mr. Wilson Law)
2.    Telephon Pejabat: 06-292 2070
3.    Email: sales@melaka1001.com.my
4.    Alamat: G30, Jalan PM9, Plaza Mahkota, 75000 Melaka

Sebarang pertanyaan dan promosi baru layari :-
1.    Laman web : http://melaka1001.com.my
2.    Facebook : https://www.facebook.com/melaka1001






5 Jenis Bahan Masakan Yang Ramai Orang Tak Tahu Asal Usulnya Tapi Ada Di dapur Rumah Kita

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau mereka yang suka masak memang akan sediakan bahan yang terbaik dan berkualiti di dapur untuk memastikan masakan lebih sedap. Tapi tahukah kita mana asal usul dan juga bagaimana bahan-bahan ini dihasilkan.


Tahukah juga bahawa mana nak dapatkan bahan yang terbaik daripada semua bahan yang ada. Kalau tanya sesetengah chef pun mereka lebih prefer kepada bahan yang lebih semulajadi. Maha tak adalah pandai tapi di sini ada sedikit perkongsian beberapa perkara yang Maha dapat dari sumber yang meyakinkan untuk panduan.

1)    Cili Boh / Cili Giling

Cili Boh atau sesetengah daerah panggil Cili Giling kerana masih menggunakan kaedah tradisional dalam menghasilkannya. Dalam kebanyakan cili boh di Malaysia mereka menggunakan 4 jenis cili yang begitu popular dan murah sekarang ni. Cili Kering Berkilat, Cili Kering Gemuk, Cili Kering Kerinting dan Cili Kering Paprika.


Semua jenis ini memberi rasa yang berbeza dan ia sangat-sangat mempengaruhi masakan anda. Tapi tahukan anda bahawa cili kering mampu meningkatkan metabolism dan mengawal berat badan seseorang. Kalau sapa yang kuat makan cili mereka adalah orang yang kerap menghasilkan bau badan yang kurang menyenangkan.

2)    Santan segera

Kita kat bandar ni nak dapat santan asli dari buah kelapa tua memang susah so kita selalu dapatkan santan dalam kotak atau santan segera. Santan biarlah yang cair atau pun serbuk tapi kita kena tahu bahawa ia adalah daripada kelapa asli atau tidak. Santan kelapa mengandungi Omega 3, zat besi dan kabohidrat


Sekarang dah ada teknologi yang menghasilkan santan daripada kelapa sawit dan ia tidak menghasilkan lemak tepu yang merbahayakan jantung. Ia juga tahan lebih lama dan juga tidak menghasilkan bau yang kuat.

3)    Minyak Zaitun

Semua orang akui bahawa minyak Zaitun adalah antara bahan masakan yang paling berkhasiat untuk digunakan dalam makanan harian kita. Tapi kita kena tahu jenis minyak zaitun yang kita ambil kerana ada perbezaan antara Extra Virgin Olive Oil, Virgin Olive Oil dan Olive Oil.


Extra Virgin Olive Oil adalah minyak hasil perahan pertama buah zaitun yang berwarna kehijauan sikit. Tapi ingat minyak ini tidak sesuai untuk dimasak dalam masakan panas ia sesuai dibuat dressing salad. Virgin Olive Oil pula ada perahan kedua buah zaitun dan dicampur sedikit dengan minyak zaitun perahan pertama tadi. Kelihatan warna hijau kekuningan sedikit. Olive Oil biasa pula mempunyai keasidan melebihi 4%, rendah nutrisi dan ia sesuai minyak untuk menggoreng.

4)    MSG (Monosodium glutamate)

Ramai orang anggapkan bahawa MSG adalah bahan bahaya dalam masakan kita yang boleh menyebabkan botak, darah tinggi dan juga pelbagai lagi penyakit kronik. Walau bagai manapun, tiada kajian saintifik dan bukti kukuh yang menunjukkan semua penyakit ini berpunca daripada penggunaan MSG.


Tahukan kita bawaha asal usul sebenarnya MSG ini? Kebanyakan MSG di Malaysia dihasil daripada bahan semulajadi seperti Ubi Kayu atau Tebu. Sebenarnya kandungan utama dalam MSG adalah glutamate, sejenis asid amino yang banyak terkandung dalam daging, sayur-sayuran dan juga susu ibu yang berkaya protein. Ada kajian membuktikan dengan menggunakan sedikit MSG dalam masakan, pengambilan garam boleh dikurangkan sebanyak 30% sambil mengekalkan kesedapan makanan itu.

 

5)    Kicap

Korang mesti pelikkan kenapa Kicap warna hitam tapi sedangkan kicap dihasilkan daripada biji soya yang berwarna putih. Sebenarnya kicap terhasil daripada proses penapaian biji soya menggunakan mikroorganisma disitu ia mengubah warna air soya tu menjadi hitam sepertimana kicap yang kita gunakan sekarang.


Kicap tinggi dengan antioksida yang diperlukan oleh badan untuk mengurangkan keradangan dan meyelaraskan pengeluaran asid gastrik yang membantu proses penghadaman. Kicap juga sebenarnya adalah penyedap dalam masakan dan mampu mengurankan rasa pedas terutama masakan Melayu.

Jadi ini hanyalah perkongsian dan bukan perbandingan mana-mana yang baik dan buruk. Jangan takut nak gunakan apa-apa sahaja bahan masakan tapi yang penting kita tahu tentang kebaikan dan cara penggunaan yang betul. Semoga sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian ini.






Rahsia Sebenar Untuk Percutian Percuma Telah Terbongkar di TouristGuide.com.my

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bila sebut travel atau melancong ke luar negara kita akan terbayang bajet yang tinggi dan juga kena start kumpul duit bertahun-tahun betul tak. Kadang-kadang sanggup bergadai dan juga buat pinjaman semata-mata nak realisasikan percutian impian kita.


Tapi sebenarnya banyak rahsia yang telah ditunjukkan oleh banyak pihak bagaimana nak dapatkan pakej percutian yang percuma.
Salah satunya melalui laman sesawang TouristGuide.com.my yang sebenarnya diasaskan oleh orang Malaysia sendiri.


Laman web percutian secara bijak dan jimat ini baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 24 November 2016 yang bertempat di Hotel Westin Kuala Lumpur. Majlis perasmian yang berjalan penuh meriah turut dihadiri tetamu VIP iaitu En Mohd Akbal Setia Pengarah Tourism Malaysia Kuala Lumpur juga bersama penyanyi muda yang paling berjaya iaitu Akim Ahmad

Akim Ahmad bersama En Mohd Akbal Setia

En Mohd Akbal Setia

Pada hari tersebut juga En Devan Kumar selaku Pengarah Urusan TouristGuide.com.my turut memberi ucapan pengenalan kepada laman sesawang ini. Majlis dimeriahkan dengan persembahan tarian kebudayaan dan majlis perasmian oleh barisan VIP. 

En Devan Kumar



Setelah perasmian itu maka dengan rasminya laman web ini boleh didaftar secara percuma untuk korang mendapatkan pakej percutian yang menarik dan hebat juga percutian percuma keluar negara. Jadi sekarang tak jadi masalah dan kerungsingan lagi untuk korang fikir tentang bajet atau juga duit bila nak bercuti.


5 faktor yang menjadikan laman ini begitu membantu korang dalam membuat pilihan pakej percutian juga mendapatkan percutian percuma. 

Diskaun Istimewa


Pastinya promosi dan diskaun yang dinantikan untuk anda mendapat percutian paling berbaloi dengan hanya mendaftar dilaman web ini. Di sini korang akan ditawarkan pakej percutian paling murah sehingga 75% daripada yang telah ada dipasaran sekarang. Mesti korang nak paling menjimatkan dan beraptutan bukan.

Booking Hotel Pada Harga Yang Lebih Murah


Dibandingkan denga laman web yang menawarkan perkhidmatan perbandingan harga untuk penginapan hotel, TouristGuide juga mampu menawarkan harga hotel jauh lebih rendah dan kadang-kadang diluar jangkaan korang. Lebih daripada 75 ribu hotel yang terlibat seluruh dunia.

Boleh Custom Made Sendiri Travel Pakej Anda


Sekiranya korang telah mendaftar, tak terikat juga dengan pakej-pakej yang disediakan. Korang boleh merangka sendiri pakej percutian idaman macam mana yang sesuai untuk korang.

Ganjaran Cashback


Untuk setiap tempahan yang dibuat oleh anda, anda akan mendapat semula 10% daripada profit syarikat untuk tempahan tersebut.

Peluang Melancong Secara PERCUMA


Inilah yang sangat-sangat dinanti-nantikan oleh korang kaki melancong ni. Melalui TravelGuide ini korang boleh kumpul point melalui pakej-pakej yang ditawarkan dan korang boleh redeem percutian secara percuma. Nak tahu lebih bagaimana cara ini dapat membantu anda boleh dapat info lanjut di laman web atau di Facebook.com/myTouristGuide.

Apa yang penting sekarang untuk korang dapat semua ini adalah dengan mendaftar di laman web mereka secara percuma. Lepas tu korang bukan sahaja boleh dapat semua tawaran yang Maha nyatakan kat atas ni tapi juga pakej-pakej yang telah berlangsung seperti di bawah ini.





Tempoh Promosi :
Bermula sekarang hingga 30 November 2016

Tempoh perjalanan :
1 April 2017 - 31 March 2018 ( kecuali cuti umum )

Semua pakej ini adalah yang terbaik untuk korang rancang cuti tahun depan atau honeymoon bersama yang tersayang. Rugi kot kalau tak rebut peluang yang ada ni kerana ia sangat-sangat membantu korang yang kadang-kadang rungsing untuk jalan keluar negara tambah-tambah ahli keluarga yang ramai. So boleh sharekan promosi ni kepada kawan-kawan yang cari percutian murah. Selamat bercuti semua.

Tempahan dan maklumat lanjut lain boleh layari :-
Tel : 1-800-38-3338





Begini Cara Makan Bila Ada Lebih Daripada 150 Jenis Makanan Grill BBQ Dan Steamboat

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebenarnya dah lama Maha tak makan ala steamboat ni bussy jer dengan kerja dan juga review yang lain. Tapi kali ni berkesempatan untuk mengulangi kesedapan makan di Restoran D'Kayangan Steamboat buat diri ni tak boleh lupa.



Last Maha datang ker restoran D'Kayangan Steamboat ini adalah pada tahun 2014. Ingat lagi tak masa tu Maha ada tulis dalam blog kemeriahan dan kenikmatan ketika makan. Kali ni mereka ada promosi baik punya untuk seluruh rakyat Malaysia amnya dan untuk warga Selangor khususnya.


Macam biasa steamboat kat sini ada lebih daripada 150 jenis makanan laut atau makanan darat yang disediakan. Yang mentah tidak diperap juga yang telah siap diperap dengan rempah ratus untuk digrill pun ada. Sini bestnya satu harga ada pelbagai cara masakan boleh buat steam dalam sup atau grill.



Macam maha korang boleh tengok sendirilah macam mana cara nak penuhkan periuk dan juga kuali atas dapur steamboat ni. Sebenarnya ni lah Maha nak tunjuk cara betul nak masak semua makanan yang ada kat buffet steamboat ni.


Pastikan korang penuhkan semua bahagian dengan makanan pastu bila masak terus makan panas-panas memang terbaik lah. Paling Maha suka kat sini adalah style macam satay cucuk ni. Ada pelbagai pilihan daging ayam ada, isi ikan ada dan macam-macam lagi senang masa bakar letak pastu dah masak boleh terus ambil makan cicah dengan sos.



Lain-lain yang Maha suka kat restoran ni juga adalah Kambing Panggang. Walaupun dah tak rupa seperti seekor kambing tapi bila makan sedap jer rasanya tak terlalu kuat dan juga bersama sos lada hitam mereka memang merangsang hidangan ini. Yang satu lagi kat sini best Kari Ayam.



Yang lain tu korang boleh tengok sendiri apa lagi makanan-makanan yang ada kat steamboat ini. Ada bahagian sayur-sayuran untuk yang nak seimbangkan dengan kehijauan. Kemudian ada bahagian mee yang ada pelbagai jenis mee. Juga ada bahagian pencuci mulut serta buah-buahan yang boleh dibuat Rojak Buah.




Kalau yang suka makan steamboat dengan nasi atau mee goreng juga disediakan kat sini. Kanak-kanak bila datang steamboat mesti nak ABC atau pun aiskrim tu kegemaran mereka, orang tua puns sama juga lah hehehe.




Sebenarnya mereka ini jemput Maha sebab mereka ada promosi baru iaitu Sunday Lunch. Dimana pada hari Ahad sahaja mereka tawarkan harga jauh lebih murah iaitu RM22.90+ bagai dewasa dan RM9.90+ sahaja untuk kanak-kanak. Harga ini hanya valid untuk waktu 11.00 pagi hingga 3.00 ptg sahaja. Jadi datang beramai-ramai serbu hujung minggu bawa satu keluarga datang sini.


Kalau hari-hari biasa mereka buka dari pukul 5.00 petang hingga 1.00 pagi. Harga untuk hari-hari biasa pula adalah RM33.00+ dewasa manakala RM18.00+ untuk kanak-kanak. Jadi korang rasa bebaloi tak dengan harga tu untuk makan lebih dari 150 jenis ni. Memang bebaloi lah tak rugi pun datang sini.


Tunggu apa lagi mai-mai bawa semua pak tok, mak wan, atuk nenek, pak ngah, mak teh, sedara mara semua datang makan sini puas hati dan service terbaik tip top walaupun ramai pekerja asing tapi mereka cekap. Kalau nak buat function macam majlis harijadi, reunion, majlis korporat kat sini boleh muat kapasiti sekitar 350 orang. Harga mereka boleh tawarkan diskaun lagi tak seperti harga biasa. Semua tu kena buat tempahan lah boleh hubungi merek seperti di bawah.

D'KAYANGAN BUFFET STEAMBOAT & GRILL

Sri Acappella Servis Apartment Rest.
D'Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment.
No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m Seksyen 13,
40400 Shah Alam
Email : dkayangan_steamboat@yahoo.com.my
Facebook : D'Kayangan Steamboat
Tel : 017-327 7904 / 012-297 1091 / 03-5523 4979

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5





6 Bulan Masa Untuk Mencipta Pizza Empat Segi Yang Pertama Dari Domino's

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebut jer nama Domino's semua orang tahu restoran perkhidmatan pantas di Malaysia yang menjadi pilihan utama bila masa sibuk. Maha sendiri pun kalau keje overtime sampai lewat malam akan order Domino's jer senang cepat dan kenyang.


Domino's selalu buat promosi dan produk baru yang mana sebelum ni Maha ada cite pasal Fabulous Four bukan. Tapi kali ni mereka tidak hanya sediakan pizza dalam bentuk bulat tapi kini ada pizza bentuk baru iaitu empat segi yang pertama di Malaysia.Nampak sedap menyelerakan dan juga ada kelainan daripada segi kulit pizza tu sendiri.


Ini kerana kali ni Domino's memperkenalkan kulit pizza yang dibuat daripada Puff Crust. Ini yang nak cite sikit pizza baru ini adalah kombinasi ratusan lapisan mentega yang dibalut dalam ratusan lapisan helaian pastri lapisan yang ringan dan kemudian dibakar sempurna sehingga rangup dan berwarna perang keemasan. Bagi memberi kelainan topping pizza kali ini Domino's juga memperkenalkan perisa baru iaitu Fiery Beef Diavola dan Sriracha Tuna.


Maha pun tak tahu apa maksud sebenar tapi yang Maha tahu adalah pizza Fiery Beef Diavola menggunakan sosej daging lembu Sepanyol yang halal, bawang, cendawan, paling menarik ada bayam kecil dan juga tomato ceri di atas dasar sos Sriracha yang pedas. Memang bagi Maha agak pedas kerana kepedasannya tidak terus datang ia terasa kemudian dihujung-hujung lidah. Dipedaskan lagi dengan taburan serbuk Sriracha di atasnya terbaik.


Pizza perisa kedua pula Sriracha Tuna yang menggunakan dasar sos Sriracha, dengan inti ketulan tuna, bawang, potongan buah Nanas, cili merah dan sedikit ketumbar. Yang ni juga bagi Maha sangat pedas sosnya dan tak sesuai kot untuk kanak-kanak. 


Tapi tak perlu risau untuk kanak-kanak dan mereka yang minat topping pizza sedia ada di Domino's korang juga boleh order menggunakan Puff Crust ini. Juga mereka datangkan dengan pencuci mulut yang baru iaitu Kek Lava Coklat Mentega Kacang. Selalu kat dalam Kek Lava ni ada coklat cairkan tapi kali ni coklat dan juga mentega kacang. Memang gabungan yang serasi dan terbaik lah meletop dalam mulut.



Harga untuk satu kek lava ini RM7.00 dengan setiap pembelian pizza beribadi atau RM13.50 untuk mana-mana dua kek lava coklat ini. Dengan Domino's 2 Pizza Deals korang leh pilih 2 pizza biasa pada harga RM30.00 dan 2 pizza besar pada harga RM50.00 juga 2 pizza extra besar pada harga RM70.00.  Tunggu apa lagi jom order online atau terus ke Domino's berhampiran korang sekarang. Selamat mencuba.







Tips Untuk Crust Pizza Yang Lembut Dan Sedap Dengan Mengadun Menggunakan Tangan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebelum ni Maha ada share satu resepi nak buat roti yang mudah dan cepat menggunakan Bread Maker kalau korang masih ingatlah. Tapi kali ni kita nak buat crust pizza dengan cara menggunakan resepi buat roti lagi sedap tau.


Sebenarnya yang paling penting dalam nak buat crust atau roti ni adalah pemilihan Yis. Ada beberapa tips yang Maha nak share kalau korang nak guna yis tak kira murah atau mahal.

1) Pilih yis yang dijual dalam pek kedap udara dan pastikan ia tidak tamat tempoh.
2) Yis di Malaysia banyakan yis kering jangan guna air panas ia akan mematikan yis tersebut.
3) Buat sedikit ujian rendamkan yis dalam air suam selepas 5 minit jika yis tidak berbuih dan kembang maka yis itu tidak elok digunakan. 



Tu sedikit tip dalam pemilihan yis untuk memastikan hasil roti atau crust nanti akan lebih lembut dan menjadi. Kat sini ada beberapa bahan yang Maha guna untuk menghasilkan roti lebih mudah dan cepat. 

Bahan-bahan untuk doh

1 paket Yis (11 gram)
1 cawan Air Suam
4 sudu Gula
2 sudu Susu Pekat
1 biji Telur
3 1/2 cawan Tepung Gandum
2 sudu Planta

Bahan-bahan untuk topping pizza

1 pek Sosej 
5 sudu Sos Spaghetti
5 biji Cili Besar Hijau
1 pek Cheddar Cheese di parut

Cara-cara untuk membuat doh
1) Campurkan bahan seperti air suam, susu pekat, gula dan Yis biarkan kembang seperti gambar di atas.
2) Masukan tepung dalam satu bekas besar kemudian masukan 1 biji telur dan plantan gaulkan. Lepas tu masukan sikit demi sikit campuran Yis tadi kedalam tepung dan ulikan perlahan-lahan.
3) Uli doh tadi sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat pada tangan dan bekas.
4) Rehatkan doh selama lebih kurang 1jam dengan menutup menggunakan plastik atau kain.


Cara nak buat topping pizza.
1) Sediakan satu bekas 4 segi atau bulat dan sapukan dengan planta disekelilingnya untuk tidak melekat. Tapi sebelum tu panaskan dahulu oven dengan suhu 150°C selama 10 minit.
2) Ambil doh tadi dan pukul-pukulkan untuk mengeluarkan udara. Kemudian uli atau ratakan doh dalam bekas yang telah dialiskan dengan planta.
3) Sapukan bahagian pertama iaitu sos Spaghetti sehingga rata seluruh bahagian atas doh.
4) Taburkan sosej yang telah dipotong kecil-kecil sehingga penuh semua bahagian.
5) Akhir sekali taburkan dengan cheese pada semua bahagian pizza tu sehingga sekata.
6) Bakar pizza pada suhu 160°C selama 30 minit.



Bahan untuk topping ni korang boleh letak ikut sika sebenarnya sama ada nak letak tuna atau seafood pun boleh ikut kreativiti sendiri. Maha buat ini kerana itu sahaja bahan yang ada kat rumah sebab nak cepat hehehehe. Tapi korang boleh kreatif macam mana topping pizza Domino's. Moga sikit tips dan cara-cara memasak ini dapat korang cuba dirumah nanti ok. Selamat mencuba.






Cafe Stick Arts NU Sentral Menghasilkan Gelato, Yogurt Dan Sorbet Sendiri

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni Maha nak bawa korang ke sebuah lagi kafe yang konsepnya pertama kot di Malaysia iaitu Cafe Stick Arts. Kafe yang simple dan nampak meriah dari luar ini mempelbagaikan pilihan pencuci mulut untuk pengunjungnya.


Kafe ini terletak di tingkat 5 shopping complex NU Sentral Kuala Lumpur menyediakan lebih daripada 50 pilihan pencuci mulut terbaik.
Di antara menu yang tersedia di sini adalah 3D Italian Ice Cream Stick (Eksklusif di Asia Tenggara), 3D Cakes, Chocolate Frozen Cake, Fancy Ganache, Pralines set, Hot Chocolate An A Spoon, Cake In A Jar dan Hello Kitty License Flavor.





Semua ini korang boleh dapatkan di kafe ini dengan bentuk yang comel dan kecil-kecil jer sesuai untuk di bawa makan bersama. Makanan yang ada sini di hasilkan dengan bentuk dan warna yang lebih ceria dan menarik untuk pilihan generasi muda sekarang.



Paling menarik perhatian adalah Gelato Bunga 3D Pertama di dunia dalam Bouquet. Ia adalah dihasilkan khas untuk menghadiahkan kepada insan paling kita sayang dalam hidup ini. Boleh dapat dengan bentuk dan jumlah yang banyak seperti ni. Ia boleh di makan ok bukan sekadar bunga biasa.


Sebenarnya cafe ini baru sahaja dilancarkan iaitu 29 November yang lalu dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato 'Sri Azlan Dr. Mahadevan (Pengasas Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia), Chef Kimora (Principal Stick Kesenian), Encik Eric Lim (Pengarah Stick Arts Café) dan Encik Vin Wee (Penasihat Stick Arts). Arcara yang serba ringkas tapi menyediakan makanan yang banyak.

YAB Tan Sri Dato 'Sri Azlan Dr. Mahadevan

Selain daripada dessert yang Maha ceritakan di atas tadi menu utama mereka adalah Gilato aiskrim yang dibuat dalam pelbagai bentuk. Korang boleh datang kat kafe ini dan pilih bentuk yang tersedia dan boleh makan bersama orang yang kita cinta. Ada lebih dari 38 perisa dengan rasa asli dan pasti sedap.


Kerana kafe ini terletak bersebelahan GSC NU Sentral ini memudahkan korang untuk mencari dan mendapatkan semua menu yang Maha ceritakan tadi. Generasi Y sekarang suka kepada kafe seperti ini. Maha yang datang pada perasmiaan hari tu pun dapat makan banyak juga hidangan sampai kenyang. 


Mereka juga mengajak korang untuk sertai dua acara Krismas bagi bulan Disember di Lot 10 Musical Krismas (Showcase Stick Arts di hadapan rolex & Isetan The Japan Store) dari 5 hingga 25 Disember 2016 dan juga KL Winter Fest @ Pusat Pameran Midvalley (Platinum Booth No. 12A) dari 16 hingga 25 Disember 2016. Apa pun korang boleh datang kat sini untuk santai-santai dengan kawan-kawan. Selamat mencuba. 

Maklumat lanjut layari :
Laman web : www.stickartsgelato.com
Facebook : www.fb.com/StickArtsGelato
Instagram : www.instagram.com/StickArtsGelato

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5




Selamat Datang Tahun Baru Dan Krismas Bersama Buffet Di Armada Hotel Petaling Jaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kita sekarang dah berada di bulan terakhir tahun 2016 ni cepat sangat masa berlalu. Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru dan juga hari Natal. Mula sekarang ni tengok hotel dan juga shopping komplek dah buat perhiasan sempena krismas.


Begitu juga dengan Armada Hotel Petaling Jaya setiap tahun tak akan miss untuk memeriahkan lagi sambutan cuti hujung tahun ini. Kali ni mereka tampil dengan hidangan buffet yang lebih banyak pilihan dan makanan yang menyelerakan. 


Masih berada di Utara Coffe House kali ini dihias dengan penuh gaya tahun baru dan krismas. Kalau datang dengan kelaurga dan atau rakan-rakan pejabat memang sini paling mudah dan dekat bagi warga kota. Tahun ni mereka da hidangan yang menarik jom Maha tunjukkan.



 


Kali ni ada Roast Turkey disertai dengan Cranberry De Glace sauce, Crustacean Mushroom, Roast Duck Ripieni dengan Calvados, Gratinated tiram dengan Bayam, Beef Medallion dengan Mushroom Crust, Ketam Cannelloni dan Krismas Fried Rice dengan kismis & kacang.  Ada banyak lagi hidangan buffet lain ni sebahagian sahaja tau.







Semua makan ini tidak akan lengkap tanpa beberapa pencuci mulut yang sempurna seperti Puding Krismas dengan Custard Sauce, Yule Cake Long Classic, Pai Buah Cincang dan Lemon Meringue Pie yang pasti lazat. Maha rasa semua ini akan bagi kepuasa kepada tahun baru dan krismas anda bersama keluarga. Jadi buat pilihan sekarang nak datang sambut tahun baru di sini.




Utara Coffee House Armada Hotel PJ
Tempoh tawaran : 24 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016
Harga : RM 88.00+ | dewasa
             RM 62.00+ | warga emas
             RM 44.00+ | kanak-kanak

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 03 7954 6888 ext 4557

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5





Nestle Perkenalkan Maggi OatMee Dan Nescafe Rasa Pandan Yang Pertama Buat Rakyat Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok kali ni Maha nak masak sesuatu daripada peti misteri yang diterima macam dalam dalam program MasterChef Malaysia pulak kan. Tapi rasa cabaran kali ni satu idea terbaru untuk memberi kelainan dalam masakan Dapur Mahamahu.


Buka punya buka rupanya dalam kotak misteri ini ada produk daripada Nestle. Korang tengok ada Maggi tapi bukan yang biasa kali ini Maggi OatMee terbaru daripada Nestle Malaysia. Maggi menghasilkan mee daripada oat bijian penuh dengan gandum ditambah perisa kari yang lazat dan beraroma. 


Pertama di Malaysia mee daripada Oat


Maha buat pertama kali makan Maggi dengan OatMee ni, selalu kita susah nak makan oat begitu sahaja bukan. Tapi kali ni bila kita makan Maggi kita dapat kebaikan oat tu sendiri. Maha ada satu resepi istimewa nak masak maggi baru ini. Namanya Maggi OatMee Goreng Mamak. Cara penyediaan pun tak susah macam masak maggi goreng biasa jer.



Kali ni Maha tambah perisa untuk tumisan iaitu bawang, cili padi untuk kepedasan dan juga tambahan sayur-sayuran serta kesedapan telur goreng dalamnya. Korang boleh buat sendiri kat rumah tak lama cuma hanya 10 minit sahaja untuk buat resepi ni. Korang boleh tambah seafood atau daging dalam mee goreng ni untuk kesedapan yang lebih.


Kelainan minuman Nescafe bersama rasa pandan


Tapi tak sedap juga kalau makan je tak ada minum. Nestle juga telah mengeluarkan minuman baru yang istimewa iaitu Nescafe White Coffee Rasa Pandan. Dapat minum nescafe panas pastu ada rasa dan aroma pandan dalam setiap hirup. Korang akan rasa satu suasana tenang bila minum nescafe ni.


Nak sediakan minuman ni tak susah sebab dah siap dalam sachet yang hanya perlu sediakan seacawan air panas, pastu koyak sachet tu dan masukan dalam air panas kacau. Nanti akan keluar aroma pandan dan atasnya ada buih-buih putih yang melazatkan lagi minuman ini.


Pastu boleh minum sambil makan maggi goreng tadi layannnn. Boleh juga buat minum sarapan pagi sebab ramai orang suka nescafe panas pagi-pagi ni baru segar. Setiap rumah kena ada semua ni terutama orang bujang sebab ia sangat mudah untuk disediakan.


Nak dapatkan semua produk ni tak susah kalau korang cari kat pasaraya tak jumpa korang boleh beli belah secara online di Lazada.com.my. Sekarang Nestle menjadi salah satu jenama makanan yang ada dijual secara dalam talian di Lazada. Korang boleh pilih bukan setakat maggi dan nescafe yang Maha cite tu macam2 lagi produk keluaran Nestle ada di sini.


Tambahan pula masih ada lagi promosi "Online Revolution" sehingga 12.12 ni dan produk Nestle juga pun ada ok. Kena shopping sekarang juga di Lazada untuk dapatkan semua barangan keperluan harian mahupun barang-barang elektrik. Maha juga salah seorang mangsa yang terbeli di Lazada sempena dengan promosi ini boleh baca kat entry tiba tarikh 11.11. Selamat mencuba dan selamat membeli belah semua.






Nak Tahu Kereta Baru Tu Bagus Kena Pandu Uji Sendiri Seperti Honda Civic 1.5 Baharu Ini

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa ada plan nak beli kereta baru dalam tahun depan? Apa yang korang tengok bila nak pilih kereta baru? Nak bagi korang sedikit panduan bagaimana nak tahu kereta tu bagus atau tidak korang boleh tonton video di bawah ini. Tapi ingat jangan tiru aksi yang dilakukan ok.


Macam mana rasa teruja tak nak cuba kereta Honda Civic 1.5 yang baharu ni. Ini baru sikit yang korang saksikan tapi sebenarnya banyak lagi keistimewaan kereta ini. Maha bukan nak jual kereta tapi nak cite pengalaman Maha yang dapat mencuba kereta ini sendiri.

 


Minggu lepas Maha berkesempatan untuk pandu uji Honda Civic 1.5 baharu ini selamat 2 hari. Korang sendiri pun nak tahu kereta tu bagus kena buat pandu uji sendiri baru tahu semua ciri-ciri menarik ini dan baru rasa puas hati. Maha memang dah lama idamkan kereta ni dapat peluang macam ni lagi lah seronok.


Hari pertama Maha dapat taklimat pasal asal usul kereta Honda di Hotel Aloft KL Sentral. Lepas taklimat terus bergerak meredah laluan jem dan juga jalan sejauh 30 minit. Kat Selayang tu Maha di bawa ke satu pusat service Kah Motor Selayang yang terbesar dekat KL ni. Pusat service ni kalau datang nak service kena booking dulu kalau nak walk-in hanya untuk jumlah yang terhad sahaja.


 


Kat situ Maha diajar bagaimana satu kereta Honda diservice dari mula sampai habis. Yang paling best adalah bila service kat pusat service Honda yang berdaftar ini kita akan dapat khidmat nasihat tentang kereta yang digunakan. Pastu alat ganti juga adalah yang original dan paling pasti harga sangat berpatutan.

 


Lepas dah tahu bagaimana nak service kereta ni Maha pergi lunch lah lapo. Hari ni Maha makan dekat Closer Cafe Mutiara Damansara. Cafe westerni ni memang exclusive sangat dan makana semua sedap-sedap. Detail pasal tempat makan ni dan  menu yang Maha dah cuba akan diceritakan diposting lain nanti ok.



Kenyang perut suka hati ingat dapat enjoy rupanya Maha pergi ker parking Setia City Mall untuk buat ujian sebenar pandu uji kereta ini. Perjalanan sana makan masa sejam jugalah tapi tak terasa kerana kereta yang besar. Dengan kepanasan dan keluasan kawasan parking ni terasa bedebar sebab nak tengok beberapa ujian yang dilakukan depan mata.


Menggunakan kereta Honda Civic 1.5 Turbo baharu ini mereka membuat ujian pertama iaitu VSA. VSA atau Vehicle Stability Assist adalah satu teknologi yang ada dalam kereta Honda untuk membantu pemanduan dalam situasi kecemasan. Korang tengok video yang Maha upload kat atas tadi tu lah bagaimana pemanduan tidak menggunakan VSA dan menggunakan VSA.


Ia sangat membantu diwaktu kita dalam keadaan break kecemasan luar kawal dan masa sama nak mengelak dari terus langgar objek dihadapan. Dalam masa sama juga lampu kecemasan akan menyala berkelip-kelip untuk memberi amaran kepada pemandu disekeliling yang kita dalam keadaan luar kawal. Tu baru sikit kat situ juga Maha ditunjukan kecanggihan dashboard Civic baru ini dimana dapat collaborate dengan fungsi iPhone.


Korang kena connect menggunakan USB lepas tu korang boleh buat call melalui Siri apps. Korang boleh bukan semua apps dalam dashboard tu juga dengar lagu. Lepas tu pada stereng kereta ada fungsi kawal volume radio secara smooth touch dikiri. Kat situ juga Maha ditunjukan keluasan kereta Civic baharu ni daripada segi keluasan ruang kaki penumpang belakang dan juga bonet kereta dibelakang. 



Habis kat situ Maha gerak balik ke Hotel Aloft KL Sentral penginapan utama satu malam sebelum teruskan ke hari esoknya. Bangun pagi hari kedua sarapan dulu kat kafe sebelum begerak untuk satu perjalanan yang agak jauh.



Hari kedua Maha akan drive kereta dari KL sehingga kawasan rehat Lentang Bentong. Kat situ nak uji tahap kekuatan dan kepantasan kereta ini melalui kawasan jalan raya berbukit. Memang terbukti sangat bila naik bukit sebelum kawasan rehat Genting Sempah rasa relax jer tak tersangkut-sangkut.


Puas hati naik bukit tu tekan jer rasa laju terus ke hadapan main potong-potong kenderaan hehehe. Kejap jer jalan kat higway tu tak singgah mana-mana pun terus balik KL semua sebab nak lunch kat The Garage Ampang. Lunch kat sini sangat-sangat best sebab lokasi ni menarik juga makanan yang sedap. Detail nanti Maha cite kat posting yang lain ok sabar.



Kenyang lunch hari kedua Maha terus ke Putrajaya pula. Kat Putrajaya ni Maha akan main satu permainan air di kawasan Tasik Putrajaya. Kalau korang pernah dengar FlyBoard tu lah game yang akan Maha cuba buat pertama kali. Sebelum ni tengok dalam tv sahaja kali ni dapat main sendiri.



Kalau sapa nak main FlyBoard boleh ke Marina Putrajaya kat situ ada Kelab Sukan Kraft Air nanti ada lah team FlyBoard Malaysia ni. Harga pula RM370 untuk 20 minit menaiki FlyBoard. Nampak Mahal tapi berbaloi ok main memang seronok. Korang boleh tengok macam mana Maha leh terbang atas air walupun saiz agar besar tu bukan alasan ok.



Berejam juga kat tasik Putrajaya tu tapi memang puas ada macam-macam aktiviti lain juga korang boleh pilih kayak atau Hoverboard. Seronok lah sekali sekala berekriasi kat sini time cuti sekolah boleh lah bawa anak-anak datang sini ok.


Last lokasi untuk aktiviti bersama dengan Honda Civic. Sedih sangat sebab kena tinggalkan kereta idaman ini. Tapi pengalaman membawa dan merasi kereta ini satu yang buat rasa yakin untuk memiliki satu hari nanti. Korang juga apa lagi pergi lah show room yang berhampiran untuk pandu uji Honda sekarang. Selamat mencuba semua.





Kepenatan Seharian Di MAHA 2016 Satu Yang Sangat Bebaloi Dan Menyeronokan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini yang dah pergi MAHA 2016 yang telah berlangsung selama 10 hari? Maha tak berkesempatan nak pergi yang awal-awal sebelum ni tapi dapat juga pergi hari kedua terakhir ni sebelum ia melabuhkan tirainya untuk tahun ni.



Korang tahu MAHA atau Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism  ini dianjurkan setiap 2 tahun sekali jadi kalau tak datang yang tahun ni rugi kerana korang kena tunggu lagi 2 tahun baru ada. Maha seronok akhirnya dapat datang juga ke acara terbesar melibatkan produk pertanian negara yang kadang-kadang kita tak tahu ia pernah wujud.


Hari ni 10 Disember 2016 dapat kunjung MAHA yang diadakan di MAEPS Serdang memang sangat teruja. Ramai orang kata hari minggu begitu ramai orang tapi nasihat Maha korang kena datang awal seawal 8 pagi agar tak sesak nak cari parking. Park kat Pintu 2 senang sebab dekat dengan pintu masuk utama dan juga jalan keluar.



Sampai jer kat situ pagi-pagi buta Maha terus terjah Nafas Cube iaitu satu kawasan penginapan yang unik dan sesuai bagi BackPaker yang nak cari tempat menarik dan selesa. Kata owner kat situ tempat penginapan ni ada 3 jenis yang berbeza mengikut bajet kita yang pertama dalam kemah tu dipanggil Gampling sangat selesa sebab dalam tu ada dua katil dan juga kipas.



Kemudian ada konsep kontena dan culvert yang mana tinggi tu kontena harga RM180 semalam dan bagi culvert pula RM150. Yang macam khemas tu tadi RM120 sahaja semalam. Tempat tenang cantik dan juga memberi keselesaan dalam penginapan yang konsep lain sikit ni.


Lepas habis jelajah kat situ Maha gerak jalan kaki ke Laman Perikanan di bawah pengurusan Jabatan Perikanan Malaysia. Kat perikanan ni banyak sangat kawasan korang kena pergi tapi yang Maha suka singgah adalah kat bahagian ikan perhiasan yang ada macam-macam jenis ikan pilihan orang untuk dipelihara. 



Selain tu juga korang boleh join aktiviti yang diadakan iaitu pertandingan memancing, pertandingan makan dan sebagainya. Pameran lain ada kat situ seperti Kingdom Of Shark, Pameran Ikan Termahal Di Malaysia, rangka ikan terbesar dan pelbagai lagi. Korang mesti kena cuba kat sini iaitu Satay Ikan Tuna yang pertama di Malaysia dan rasa sangat sedap seperti makan satay ayam dan harga RM1.30 sebatang.



Satay Ikan Tuna

Kata mereka Tuna yang didapati di sini adalah daripada perairan Laut China Selatan di belah Sabah. Memang begitu banyak dan ia diimport ke merata negara. Korang akan habiskan banyak masa kat sini sebab banyak yang menarik juga banyak bahan untuk dibeli.



Seterusnya kaki ni terus melangkah ke Laman Padi yang berada disebelah Laman Ikan tadi jer. Kat sini korang akan dapat kenali jenis-jenis padi yang ada di Malaysia dan juga bagaimana sejarah padi negara. Paling menarik masuk dalam pusat pameran ada pelbagai peralatan lama yang digunakan untuk menguruskan padi zaman datuk nenek kita.




Tahu tak sebenarnya Bedak Sejuk dihasilkan daripada proses pemerapan beras dalam air selama lebih 6 bulan. Jadi kat sini mereka akan ajar kita cara nak buat bedak sejuk zaman-zaman emak bapak kita dulu. Korang juga boleh tengok pertadingan perlawanan bola sepak bendang peringkat IPT yang diadakan di depan pusat pameran ini.


Seterunya Maha naik shutter bus untuk ke destinasi yang agak jauh juga iaitu Laman Nanas. Macam biasa korang akan dapat tahu bagaimana proses penanaman Nanas sehingga kepada proses ia dihasilkan menjadi bahan lain yang sedap. Juga mereka buat pertandingan bergambar dengan wall 3D mereka dan upload dalam Facebook pastu boleh menang hadiah-hadiah menarik.



Kalau korang tahu sebenarnya baka Nanas yang ada di Malaysia telah melalui perubahan dari tahun ke tahun. Sekarang ini banyak Nanas yang ditanam di Malaysia adalah dari jenis MD 2. Rasa lebih manis dan tidak menyakitkan lidah. Korang boleh beli macam produk Nanas dengan harga yang berpatutan dan tawaran hebat.


Tak boleh lama-lama kat satu tempat sebab banyak lagi lokasi nak pergi ni jadi teruskan lagi perjalanan naik bus untuk ke Laman Armada Jentera. Kat sini mempamerkan produk jentera berat yang digunakan untuk proses penyediaan tanah dan juga pelbagai lagi.




Korang nak tengok demonstrasi menggunakan peralatan berteknologi tinggi dan canggih ada kat sini semua hebat. Kalau korang datang waktu yang bertepatan korang akan dapat jumpa maskot Transfomer  yang beregerak. Selain jentera dan peralatan mereka ada pameran produk juga area ni. 

Aiskrim Nangka Madu

Air Jagung Klebang


Produk daripada buah-buahan tempatan seperti Aiskrim Nangka Madu dan juga Air Jagung Klebang. Semua ni boleh dicuba dan dibeli dengan harga yang berpatutan. Memang akan habis duit juga kat sini sebab banyak barang murahkan.


Lagi Maha pergi ke tempat paling popular setakat ni iaitu Ladang Lembu Sado. Kat sini korang dapat tengok lembu paling sado tapi daging sedap kalau dibuat masak. Harga untuk seekor lembu ni boleh cecah RM20,000. Kat situ kami diajar penjagaan lembu sado ni dan juga cara pembiakan yang dilakukan untuk mengekalkan spesis ini.


Kat situ banyak lagi haiwan lain tapi Maha tak pergi semua sebaba keadana hujan sikit jadi banyak berteduh kat khemah-khemah pameran jer. Tapi tak apa perjalanan tetap diteruskan Maha pergi pula ke Laman Sayur dan Herba. Sini mesti lah dapat tengok pelbagai jenis tanaman sayur dan juga buah-buahan. 



 

Mereka ada buat demonstrasi untuk membiakan pokok buahan dengan cara yang betul. Juga cara nak tanam sayur dengan cara yang lebih cepat dan selamat. Paling best dengar cite pasal jagung Maize GWG 111 iaitu jagung untuk makanan binatang seperti ayam. Jagung ni tak ada tanam kat Malaysia ia semua diimport dari luar negara sebab itu ia agak Mahal.



 

Datang laman ni korang kena cuba minum Madu Kelulut yang sebenar dihasilkan daripada ternakan lebah kelulut. Ok Maha dah sempat minum menggunakan straw madu ni ia agak masam dan juga manis dikemudiannya. Banyak khasiat kot madu Kelulut ni berbanding madu biasa ia tinggi anti-oksida dan meningkatkan metabolisme badan seseorang yang mengamalkannya selalu.




 

Pastu naik lagi bas ke Flora World untuk cuba buah Rock Melon yang datang dari Terengganu. Melon ni memang manis dimakan begitu saja dan juga harga berpatutan. Korang juga akan dapat minum air kelapad kat sini sebab Booth Abang Zek ni ada sediakan air kelapa percuma pada waktu yang tertentu sahaja. Jadi jangan ketinggalan nak datang sini ok.


Dekat Flora World ni juga ada Kampung Durian Runtuh Upin Ipin lah. Alang-alang dan dekat situ teruslah masuk kat dalam tu tapi ada tiket di kenakan iaitu RM25 untuk dewasa, RM20 untuk kanak-kanak. Dalam tu bila korang nak masuk akan dibekalkan dengan pasu untuk menanam pokok. Ini adalah untuk mendidik anak-anak kecil selalu menjaga alam sekitar dan menam sendiri tumbuhan di rumah.



Dalam kawasan Upin Ipin tu banyak aktiviti kanak-kanak yang buat mereka gembira dan tak senang duduk. Mak bapak tengok jer lah kena selalu pantau tau sebab dalam tu agak gelap sikit. Korang boleh bergambar dan tonton cerita. Juga boleh tengok persembahan maskot Upin Ipin dalam tu juga best.

 

Dah agak penat kaki berjalan luar kawasan Maha pergi pula ke dalam dewan sebab kat sini banyak tempat yang terbuka atau dalam dewan. Maha pergi Hall Utama yang menempatkan banyak syarikat yang berkaitan kerajaan terutama dalam bidang pertaniaan ni lah.  Dalam ni lagi meriah dengan aktiviti.


Korang boleh main simulasi memancing dan juga memandu boat. Dalam ni juga korang boleh cuba makan Shelout yang sedap dan popular tu. Korang kena datang ker booth LKIM. Nampak jer gerai makanan macam ni korang boleh beli pakej Shellout yang korang nak ok kena cepat sebab cepat habis.




Dalam tu juga ada banyak produk usahawan baru yang berjinak-jinak dunia business pertanian ini. Seperti produk Roscorn ni iaitu jagung manis yang ditanam dan dijual sendiri usahawan muda ni. Jagungnya sangat manis dan sedap. Lagi korang kena cuba Aiskrim Rock Mellon yang juga diusahakan oleh usahawan baru di sini.


Aiskrim Rock Mellon

Mereka ini semua dapat bantuan perniagaan daripada Tekun Nasional. Ia satu badan kerajaan yang dapat memberi bantuan pinjaman dalam menjadikan realiti kepada usahawan muda yang nak mengubah hidup mereka. 


Akhirnya penat sangat sebab dah puas jalan semua tempat Maha pergi lah cari makan walaupun banyak tempat sediakan makanan percuma. Maha pergi last tempat iaitu Empayar Makanan kerana kat situ dengar cerita ada 169 jenis makanan dari serata negari. Korang akan terpegun dengan menu yang ada kat sini semua nak cuba.

Nasi Kerabu dan Ayam Percik

Ayam Percik

Mee Udang

Korang boleh tengok beberapa jenis makanan yang ada kat sini tapi tak semua yang Maha makan. Maha hanya makan Beriani Udang Galah tu jer hehehe. Semua makanan kat sini dibawa daripada pengusaha makana yang terbaik seluruh Malaysia. Makan sampai kenyang ok kerana harga sangat berpatutan.

Beriani Udang Galah

Nasi Daging Panggang


Dah habis makan semua tu last sekali dapat makan Durian Musang King. Korang mesti tak percayakan sebab sekarang ni bukan musim Durian tapi kat sini ada yer jual buah Durian. Kata mereka Durian ni dibawa daripada Tangkak dan harganya RM55 sekilo. Tapi kat luar sangat mahal yer. Tu last lokasi Maha jadi korang rasa berbaloi tak datang ini, sangat-sangat kan. Jadi tunggu apa lagi masih ada masa kerana MAHA 2016 sehingga 11 Disember 2016 ni.

Info dan apa menarik lagi boleh layari :-





Sebab Apa Minyak Kelapa Sawit Sesuai Untuk Menggoreng Kajian Ini Telah Membuktikan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang ini kita banyak diprovokkan dengan minyak masak dari luar yang katanya jauh lebih sihat dan lebih bagus. Tidak dinafikan semua produk yang dihasilkan mempunyai kebaikan tersendiri kepada tubuh badan kita. 


Tapi kita kena tahu cara penggunaan yang betul dan juga kuantiti yang betul. Satu laporan yang diceritakan dalam blog Siakapkeli.com menyatakan bahawa kalau nak menggoreng kita kena menggunakan minyak kelapa sawit. Maha baca juga kajian yang dilakukan oleh Professor Martin Grootveld merupakan seorang pensyarah Bioanalytical Kimia dan Patologi Kimia di De Montfort University.

Professor Martin Grootveld

Betul Minyak Jagung dan juga minyak Bunga Matahari adalah dalam kategori minyak paling sihat dan bagus untuk digunakan. Tapi minyak ini tidak sesuai digunakan untuk menggoreng dengan suhu yang tinggi. Ini kerana ketidakstabilan komposisi kimia akan menghasilkan 'aldehydes' yang bersifat 'carcinogenic' iaitu menyebabkan kanser dan selain itu meningkatkan risiko penyakit jantung sekiranya diambil terlalu banyak.


Kalau nak goreng ikan atau ayam yang lama dan juga api yang kuat gunakanlah minyak kelapa sawit kerena ia jauh lebih bagus dan tahan dengan suhu yang tinggi. Sama juga dengan Minyak Zaitun ia memang sihat untuk dimakan tapi bukan untuk dijadikan minyak menggoreng hanya untuk dressing salad atau menumis sahaja.


Jadi ingat lepas ni kita baik gunakan minyak masak kelapa sawit memandangkan kita memang suka masakan bergoreng. Tapi amaran minyak goreng tidak boleh digunakan lebih daripada 3 kali menggoreng sahaja kerana ia akan menjadi bahan yang bahaya pada tubuh pula. 

"Walau apa pun, cuba lah kurang kan makanan yang bergoreng. Inilah masa yang sesuai untuk berubah dikala minyak masak naik harga ni."
kata-kata dari facebook Diet Graphix. 

Korang juga boleh rujuk kajian yang telah dilakukan di sini :-






Makan-makan Yang Menarik Wajib Dicuba Bila Sampai Ke Bandar Tawau Sabah

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Berkesempatan untuk berjalan di Tawau Sabah membuatkan Maha nak cuba sesuatu yang baru bagi diri ini. Ini pertama kali Maha datang ker Bandar Tawau perjalan dari KL ker Tawau naik flight makan masa 2jam 40minit.



Masa Maha update kat Facebook untuk tanya kawan-kawan yang asal dari sini apa makan yang best memang banyak sangat respond. Terima kasih semua kawan-kawan yang banyak membantu Maha untuk dapat cuba semua makanan sedap-sedap kat Tawau ni. Tapi tak dapat pergi semua sebab masa yang terhad dan juga pengangkutan maklumlah datang atas urusan kerja bukan bercuti hehehe.


Pertama yang Maha cuba makanan yang dicadangkan oleh kawan di facebook iaitu Murtabak Jawa. Murtabak ini kata mereka hanya ada kat Tawau jer dan kata mereka sedap. pergi lah kat satu gerai di tepi laut ini kawasan ni macam downtown kalau kat KL. Situ ada banyak jual murtabak pelbagai jenis paling popular Murtabak Jawa. Harga RM2.50 satu dan bila rasa dalamnya ada banyak sayur-sayuran.



Ini satu yang sempat cuba kemudian Maha minum petang kat tepi laut sebab bandar Tawau ni memang mengadap laut jadi minum ABC Dalam Kelapa ini memang terbaik. ABC ni memang besar dan diletak dalam sebiji kelapa muda ada isi dan air kelapa lagi dalamnya sangat menyegarkan harga RM6.50. Ada juga pilihan ABC lain yang menarik iaitu ABC Buah Campur dan macam2 lagi lah.


Tu untuk korang minum petang sambil santai-santaikan. Kali ni pula untuk makan tenghari tak cuba Nasi Lalap ni memang tak sah kena cuba juga sekali. Jadi Maha pun cubalah satu pinggan memang mengenyangkan dan menarik. Nampak macam Nasi Ayam tapi ayamnya ni digoreng dan rangup. Kalau nak datang koran boleh pergi Gerai No 34 ini dekat Taman Sabindo.




Kalau kawan-kawan tanya Maha nak tinggal hotel mana yang best kat tengah-tengah bandar Tawau ni Maha cadang korang pilih Hotel City Garden. Hotel ni betul-betul tengah bandar dan mengadap laut jadi boleh nampak pemandangan laut dan kapal-kapal. Hotel ni baru selesa dan WiFi juga bagus tu penting sebenarnyakan hehehe.



Kalau nak dapatkan service teksi kat sini korang boleh contact pakcik Waris kat no 016-824 1925. Maha bagi no pakcik ni kerana layanan dan service teksinya memang mesra dan baik. Siap bagi diskaun lagi kat Maha korang boleh contact untuk dapatkan service teksi dari airport ker hotel kerana mengambil masa 30 minit perjalanannya. Juga boleh minta pakcik ni bawa jalan-jalan tengah bandar Tawau ni.


Harap kongsian serba sedikit ni dapat bagi korang panduan apa yang menarik dan best kat Tawau. Sebanarnya banyak lagi tak habis explore. Nanti ada masa Maha akan datang lagi ke Tawau ni. Sapa ada pengalaman kat sini boleh lah share ok. Selamat bercuti.





3 Stor Yang Korang Boleh Beli di ShopBack Dan Dapat CashBack Dengan Sangat Banyak

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha adalah seorang yang memang suka shopping secara dalam talian kerana mudah, cepat dan tak perlu bersesak-sesak. Korang pun mesti gila beli online seperti kat Lazada, Zalora, Groupon, Agoda dan banyak lagilahkan.


Tapi selama ni Maha beli hanya dapat diskaun yang dipormosikan sahaja tak dapat apa-apa yang menarik bukan. Kali ni Maha dah tahu macam mana nak shopping online lepas tu boleh dapat cash semula. Percaya tak? Jangan nganga mulut tapi benar apa yang Maha katakan ni sebab Maha dah dapat.


Caranya korang kena beli melalui laman sesawang www.ShopBack.my. Lepas tu korang ikut 4 langkah yang Maha sediakan ni :-

1) Login masuk akaun ShopBack
2) Pilih stor online yang korang nak shopping
3) Buat pembelian
4) Dapat cashback dalam akaun

Tak pun korang boleh tonton video kat bawah ni sampai habis sebab mereka ceritakan bagaimana korang nak dapatkan cash tu dan bagaimana ia berfungsi.


Shopping  kat sini lebih kurang win win situation lah dimana korang yang berjaya membuat transaksi pembelian di mana-mana stor yang ada dalam senarai ShopBack. Kemudian penjual online yang membuat keuntungan dari belian korang akan memberi komisyen kepada ShopBack. Lepas tu, ShopBack akan berkongsi komisyen ini dengan korang yang akan menerimanya dalam bentuk pulangan tunai.


Ada lebih daripada 1000 stor online dalam laman ShopBack ini. Korang boleh tengok diantaranya Maha senaraikan kat bawah ni. Tapi ada 3 stor online yang selalu Maha gunakan selalu untuk membeli dan dapat cash semula.


1) FoodPanda

 


Rahsia tau sebenarnya Maha selalu beli makan secara online di FoodPanda ni. Tapi kalau korang nak dapatkan semula cash korang kena beli melalui laman ShopBack lepas tu cari stor FoodPanda dan klik Shopping Now kat laman tu. Tapi peringatan kena beli melalui laman web ShopBack sahaja akan dapat pulangan cash ni kalau tak korang tak dapatlah. Jangan lupa baca syarat-syarat yang ditetapkan untuk pembelian yang mana boleh dapat cash semula tu ok.

2) Expedia

 


Korang selalu tengok Maha travel merata-rata menaiki flight tu sebenarnya Maha beli semua pakej murah di Expedialah. Tapi Maha beli melalui laman ShopBack ni keran melalui tu sahaja korang akan dapat diskaun yang ditawarkan juga dapat cash semula. Dalam ni Maha beli dengan tenang macam mana korang beli melalui laman web biasa.

3) Catch That Bus

 


Ni bagi korang kaki travel dari Malaysia ke Singapura menggunakan perkhidmatan bas. Korang boleh beli dalam ShopBack melalui Catch That Bas. Belilah mana-mana tiket bas  dan melalui pembelian tu lah korang akan dapat cash semula. Tapi ada beberapa syarat yang ditetapkan jadi baca sebelum buat pembelian ok.


Tunggu apa lagi lepas ni kalau korang nak beli online mana-mana stor yang disenaraikan beli melalui ShopBack baru dapat cash semula. Bila dapat cash tu korang boleh beli lagi kerana cash tu boleh dipindahkan dalam mana-mana local bank yang korang ada. Jom daftar sekarang di www.ShopBack.my kat sini.


Kita ni kena jadi pembeli yang bijak baru tak rugi. Ada peluang macam ni terus grab sebab bukan selalu datang. Maha dah banyak juga dapat cash out duit shopping ni tau. Sebab tu minat untuk beli secara dalam talian. Untuk tidak melepaskan setiap masa pembelian korang mereka sediakan apps ShopBack di dalam Play Store atau App Store muat turun secara percuma jer.Selamat membeli secara bijak.






Tak Dapat Cuba Semua Makanan Yang Menarik Kat Sandakan Sedih

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok hari tu dah cite pasal Maha pergi ker Tawau dan makanan-makanan yang menarik kat sana. Kali ni pula nak cite makanan yang Maha sempat cuba masa sampai kat Sandakan. Lepas jer pergi Tawau tu habis kerja terus gerak ke Sandakan menaikai MASWing.


45 minit jer dari Tawau jer ke Sandakan tapi kalau tak nak naik flight boleh juga naik bas ada tapi lama tak silap Maha 6 jam perjalanan. Sampai kat Sandakan maha menginap di Pavillion Hotel dekat Bandar Labuk Jaya. Maha tak sampai bandar tepi laut tu sebab tugas Maha dekat area sini jer hehehe.




Kat situ pun boleh tahan juga walaupun agak kurang meriah dan kurang pilihan tapi tetap ada beberapa makanan yang Maha sempat cuba bila ada kat sana. Paling menarik adalah Roti Canai Cobra. Itu pertama kali Maha dengar nama makanan tu kerana nak tahu orderlah.


Roti Canai Cobra

Rupanya roti canai biasa yang dibanjiri atasnya dengan kuah kari yang kita boleh pilih antar kari ayam atau kari daging. Kemudian kat atas tu pula di letak dengan telur goreng mata kerbau. Memang sedap kari tu sebab masih panas dan jgua roti yang garing terbaik. Maha beli restoran betul-betul dekat dengan hotel malas nak jalan jauh.

Nasi Goreng Sotong

Kemudian Maha cuba Nasi Goreng Sotong. Sorrylah Maha tak sempat nak cuba banyak makanan kat Sandakan ni kerana masa sangat-sangat terhad. Jadi banyak masa habis kat hotel dan juga kat tempat kerja. So takat ni jer Mah aboleh cite nanti akan datang lagi sini sebab nak pergi Pusat Rehabilitation Orang Utan Sepilok dan juga Labuk Bay Proboscis Monkey yang ada monyek hidung besar tu hehehe.






Viewing all 1331 articles
Browse latest View live