Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1332 articles
Browse latest View live

Ada 5 Restoran Ayam Penyet Di Wangsa Maju Tapi Satu Ni Sangat Power Lain Dari Yang Lain

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ayam penyet ni dah macam jadi trend lak kat negara kita bila sekali masuk berduyun yang nak buat restoran yang sama. Tapi hakikatnya tidak seperti mana yang kita sangkakan kerana mereka tidak betul-betul mengikut resepi yang sebenar.


Itu yang membezakan antara banyak-banyak restoran ayam penyet yang ada di Wangsa Maju dengan restoran ini.
Restoran Ayam Penyet Ria adalah yang pertama dibuka di Wangsa Maju dan juga merupakan restoran berasal dari Indonesia. Jadi semua resepi yang disediakan adalah original daripada negara seberang.


Maha ni bukan memilih tapi sebab nak tahu mana satu restoran ayam penyet yang terbaik jadi Maha pergi sendiri cuba makan di restoran ni. Kalau tengok rupa semua macam lebih kurang sama ayam penyet tapi bila rasa kita tahu maha lagi power.


Restoran ini bila Maha makan ayam penyet bersama sambalnya baru tahu ia memang lain daripada yang lain. Sambalnya bukan seperti sambal belacan biasa atau sambal goreng biasa tapi rasa kepedasan dan kemasaman sambal tu membuatkan ia power. Kalau kanak-kanak memang tak galak makan sambal ini jadi nak kurangkan kepedasan sambal ni mereka akan sediakan satu lagi sambal yang dicampur dengan kicap manis. 

Set Ayam Penyet (RM12.90)

Hari tu makan memang banyak kerana nak tahu sedap ke tidak. Maha order hari tu Set Ayam Penyet dan Set Ayam Penyet Bakar. Satu ayam penyet yang ada keriuk-keriuk rangup di atasnya dan ayam digoreng garing di luar dan lembut di dalam. Satu lagi ayam bakar yang dibakar panas-panas dengan rempah ratus yang special tak tahu nak cakap macam mana.

Set Ayam Penyet Bakar (RM14.20)

Rahsia kesedapan ayam penyet kat sini adalah dimana ayamnya direbus selama 1 jam untuk memastikan dagingnya lembut. Bila digoreng garing kat luar dan isinya boleh dicarik-carik sungguh lembut dan sedap.


Ikan Bakar Penyet (RM14.20)

Itu baru ayam penyet ada juga Set Lele Penyet dan Ikan Bakar Penyet. Yang ini untuk mereka yang nak cuba set ikan. Satu tu ikan keli dan satu lagi ikan Talapia memang sedap. Dalam set ayam penyet atau ikan mesti ada Tauhu dan TempeGoreng tu wajib. Kemudian dengan sambal itu yang membezakan ayam penyet sini dan semua tempat lain.

Set Lele Penyet (RM10.50)

Jangan salah sangka ok Maha order banyak sebab hari tu makan dengan kawan-kawan jadi memang cuba semua. Pada yang nak makan nasi dan sup Maha cadangkan korang ambil set Sup Rawon. Daging ini memang sangat lembut dan tidak liat serta rasa rempah sup makan dengan sambal pedas terangkat ok.

Sup Rawon (RM9.90)

Last sekali untuk dessert pula Maha telah cuba Gado-Gado di mana makanan asal dari Indonesia ini adalah makanan sayur-sayuran yang direbus dan digaul bersama dengan sos kuah kacang juga ada keropok didalamnya. Jadi ia menjadi hidangan lengkap semua ada dan rasa sangat sedap.

Gado-Gado (RM7.90)

Keropok Ikan

Keropok Melinjo (Emping)

Kat Indonesia sangat popular bukan dengan Teh Botol kat sini pun ada juga ok. Korang boleh pilih nak Teh Botol yang dalam botol atau dalam kotak rasanya sama saja. Kemudian paling best kena cuba Bandung Gembira ni ada rasa bandung dan juga soda dalamnya. Hari tu sangat kenyang Maha dapan makan original Ayam Penyet yang special.

Teh Botol dan Bandung Gembira

Masa nak bayr tu Maha ada nampak notis yang mereka juga menyediakan tempat untuk mana-mana pihak nak menganjurkan majlis private atau majlis harijadi. Tempat yang agak luas dan diasingkan untuk majlis korang jadi tak ganggu pelanggan lain. Juga boleh order untuk delivery terus ke rumah atau ke pejabat anda mudah bukan.




Sapa-sapa nak datang sini jangan risau boleh waze jer Restoran Ayam Penyet Ria atau korang datang ke Wangsa Walk korang jangan masuk dalam korang cari kat luar Jalan Wangsa Delima 12 sebelah dengan kawasan parking atau Bank Islam dekat-dekat situ je lah. Restoran ni buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Selamat mencuba semua.


Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5




Closer Kitchen Pilihan Makanan Barat Di Mutiara Damansara

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Buat yang baca sebelum ni post Maha berkaitan dengan pandu uji Honda Civic baharu tu mesti korang akan tunggu untuk review tempat makan yang Maha tak citakan dalam tu. So Maha sambungkan review kat Closer Kitchen lokasi pertama kami berhenti untuk lunch.


Closer Kitchen ini teletak di dalam bangunan Menara TSR dekat Mutiara Damansara. Kalau orang yang jalan-jalan ke IKEA atau ke The Curve boleh singgah sini nak cuba rasa lain sikit. Konsep kafe ini lebih relax dan santai walaupun tengok dari luar macam mahal tapi kena masuk dan order sendiri makanan baru tahu rasa dan harganya.



Kafe ni menyediakan makanan barat yang memang autantik menarik untuk memberi kelainan dalam rasa pada lidah. Kafe ini ada hidangan dari sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Banyak menu yang Maha sempat tengok tapi tak cuba semua yang Maha upload ni gambar menu kawan-kawan Maha yang order ok.

Fries

Citrus Wafu Garden

Maha cuma order  kat sini adalah The Battle of Chicken Chop. Special juga rasa chicken chop yang di grill dengan rempah yang serap ke dalam. Bahagian peha ayam yang tiada tulang dalamnya makan habis tak tinggal sikit pun bersama dengan sos berkrim kentang putar serta salad lengkap.

The Battle of Chicken Chop

Kalau minuman pula korang boleh piliha jus bagi yang nak simple dan cepat juga boleh pilih dari pelbagai pilihan kopi dan teh. Jus sini semua dalam botol yang korang nampak ni ada Mango jus, Goji-Ra dan Banana. Semua jus ni ada campuran pelbagai lagi buah-buahan dalamnya menjadikan rasayang unik dan menarik.

Banana, Goji-Ra danMango jus

Desert pula kat sini Maha telah pilih Gula Melaka Banana with Almond Brittles memang sesuai sangat makan lepas kenyang. Sebab kemanisan gula Melaka dalamnya bersama kek pisang yang padan sangat. Banyak lagi yang menarik seperti Panna Cotta dan kek-kek lain. 

Gula Melaka Banana with Almond Brittles

Panna Cotta

Juga hidangan lain ni untuk bagi korang idealah apa yang ada kat sini dan nak cuba. Mana tahu sekali sekala nak ubah selera bukan. Kita kena rasa semua makanan batu kita rahu mana yang terbest boleh datang lagi atau rekmen pada kawan-kawan betul tak. Lokasi ni Maha rekmen pada sapa nak datang cari makanan barat yang lain. 

Beef Bolognese

The Perfect Salmon Parcel

Double Trouble

Restoran ni buka setiap hari dari pukul 8.00 pagi untuk sarapan pagi dan last order pukul 8.00 malam. Manakal bagi hari Sabtu dan Ahad pula dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam. So pilihan di tangan korang mana satu yang menarik boleh cuba ok. Selamat menjamu selera.

Facebook : www.facebook.com/closercafe

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5




Puas Bila Makan Hidangan Barat Dalam Pinggan Besar Di Besito's Survival Shah Alam

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau nak cari satu restoran yang ada makanan western bersama dengan hidangan Malaysia seperti masakan Melayu, Cina dan India ini adalah lokasinya. Besito's Survival dengar nama macam agak jangal bagi kita tapi itu yang menariknya restoran ini.


Terletak di Jalan Pelabur B 23/B Seksyen 23 Shah Alam restoran ini berkonsepkan makanan western grill juga masakan tradisional. Jadi pilihan yang seimbang pada selera yang pelbagai dalam satu keluarga.
Waktu operasi:  
Isnin Tutup
Selasa - Jumaat (4.00 petang - 2.00 pagi
Sabtu dan Ahad(4.00 petang - 3.00 pagi)

 

Ini mesti cuba ok kalau datang tak order Supreme Grill atau Mix Grill ni memang rugi kerana korang tengok sendiri betapa banyak item dalam satu set pinggan ini. Dalam tu ada Kambing Panggang, Daging Panggang dan juga Chicken Wing Panggang. Semua ni sesuai untuk makan 5-6 orang tau kalau korang leh habis seorang Maha respek lah.

Supreme Grill / Mix Grill

Tu baru satu dah nampak macam kenyang sangat-sangat tapi kalau korang nak lagi boleh order kat sini Abalone Mee Raja. Tengok mee ni memang rasa macam tak boleh habis seorangkan tapi ini adalah hidangan untuk 2 orang makan. Dalam mee tu penuh dengan seafood yang banyak dan tidak kedekut dan rasa agak pedas-pedas walaupun nampak putih jer.

Abalone Mee Raja

Kalau nak lagi makanan laut yang kaw kaw korang boleh order dua hidangan special ini iaitu Chili Crab with Mantoun Bun dan juga Butter Milk Prawn. Maha suka kat roti tu sebeb rangup kat luar dan lembut dalam roti ni mereka buat sendiri ok. Semua hidangan ni berkonsepkan masakan cina betul tak kalau siapa biasa makan hidangan makanan laut kat luar sana.

Chili Crab with Mantoun Bun

Butter Milk Prawn

Satu lagi untuk selera kampung korang boleh pilih Nasi Goreng Tomyam Ayam Pandan. Rasa nasi goreng penuh dengan bau tomyam dan juga ayam pandan yang berempah sangat sepadan. Kalau tak nak nasi leh cuba Garlic Butter Noodles Chicken Chop terbaik.

Nasi Goreng Tomyam Ayam Pandan

Garlic Butter Noodles Chicken Chop

Kalau untuk minuman pula korang banyak pilihan yang terbaik dengan gabungan yang mantap. Wow tengok sendirilah rupa air ni menarik bukan warna-warni. Kat sini ada beberapa yang Maha leh rekmenkan iaitu Lemon Paradise, Virgin Mojito, Fruit Punch, Shirley Temple, Virgin Colada dan akhir sekali tu I Love You.


Semua ni menyegarkan dan menghilangkan dahaga dan kepanasa setelah makan semua hidangan grill ni. Tunggu apa lagi datang-datang sekarang juga kerana memang pilihan yang terbaik kat area Shah Alam ni. Sebab tu Maha suka datang area ni kerana ia memang syurga makanan. Boleh tengok mana-mana lokasi kat Shah Alam yang Maha dan review sebelum ni semua menarik. Selamat mencuba semua.

Maklumar lanjut layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5




Cara Baru Nikmati Ayam Goreng 3 Rasa Di Nomms SS15 Subang Jaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau nak makan ayam goreng mesti korang akan pergi restoran fast food yang popular tu kan. Tapi Maha ada satu lagi tempat sediakan ayam goreng yang sangat sedap tapi bukan fast food ok. Ni lah dia Nomms yang terletak di SS15 Subang Jaya.




Nomms ni juga bukan ciri restoran fine dinning atau juga kafe tapi mempunya cara tersendiri. Di mana kat sini apabila pelanggan datang kena ambil order dikaunter dan juga tunggu makanan siap dimeja. Kat sini keutamaan kena order ayam goreng lah kalau tak menyesal.



Ayam goreng ni datang dengan 3 jenis rasa yang pasti menarik hati iaitu original, pedas dan juga garlic. Kat sini ayam goreng dimasak bila dapat order sahaja jadi kena tunggu sikit lah untuk kekalkan kerangupan dan keenakan ayam tu sendiri. Kalau datang lunch ada set ayam goreng yang datang dengan 2 ketul ayam, boleh pilih nasi putih atau fries juga bersama salad dan minuman lime.

Ayam Goreng Pedas

Ayam Goreng Original

Juga set tenghari ni ada pilihan lain bagi yang nak rasa cara lain ayam goreng ni diadaptasi. Boleh pilihan set Chixx Wrap dan juga Chixx Burger. Bagi Maha yang wrap tu agak unik kerana roti yang digunakan sangat nipis dan sos dalam yang agak pedas. Tapi set untuk lunch yang Maha cite ni hanya pada waktu 12.00 tenghari hingga 3.00 petang sahaja kena datang cepat.

Chixx Wrap

Chixx Burger

Selain ayam goreng meraka ada juga hidangan lain iaitu Tempura Fish yang sangat besar dan garing. Korang tengok daging ikan yang digoreng dengan saduran tepung istimewa dimasak dalam minyak panas menjadikan ia cukup special. Hidangan ikan ni juga datang dalam set yang Maha sebut sebelum ni Fries, salad dan minuman lime.

Tempura Fish


Kalau korang perasan kat sini meraka ada server Hashtag Fries dan Wedges kan yang tu korang boleh pilih tapi kena tambah RM2 sahaja untuk mana-mana sahaja set. Apa lagi nak bagi tahu korang yang best kat sini ohh lupa mereka ada sediakan minuman yang best juga Maha order kat sini Milkshakes dan juga Floats. Float kat sini bestnya asikrim tak diletak atas tapi kat bawah pastu baru masuk minuman. 

Floats

Milkshakes

Soft Serve Ice Cream

Ok lah pada yang nak cuba kelainan ayam goreng Maha memang rekmenkan datang ker sini sebab restoran ni Mesra Muslim kerana mereka baru buka sahaja 3 bulan jadi dalam proses mendapatkan sijil Halal. Korang nak datang leh waze SS15/4 betul-betul depan Pasar SS15. Nomms ni buka setiap hari kecuali hari Ahad dari pukul 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Selamat mencuba semua.

Maklumat lanjut layari : 
Facebook : www.facebook.com/nomms.my

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3/5





Minyak Tenang Anakanda Rahsia Ibu Muda Ini Atasi Masalah Bayi Meragam Sepanjang Malam

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha nak share ngan korang sikit pengalaman bukan Maha tau tapi abang dan kakak ipar Maha yang dulu masa mereka dapat anak pertama. Maklumlah ibu bapa akan buat persiapan terbaik untuk anak yang bakal lahir.


Jadi pelbagai barang dibelinya daripada pakaian, kelengkapan luar dalam untuk anak, juga makanan yang sihat untuk anak. Tapi kebanyakan ibu bapa luar sana lupa membuat persediaan sekiranya anak meragam terutama waktu malam. Petua yang kakak ipar Maha buat untuk mengatasi anak yang selalu terjaga dan menangis pada waktu malam dengan gunakan Minyak Tenang Anakanda.


Kata abang dan kakak ipar sejak mereka sapu dan urutkan miyak ini pada anak mereka makin kurang menangis dan anak sentiasa ceria pada waktu pagi. Ia juga dapat mengatasi masalah perut kembung atau gigitan serangga pada kulit bayi.


Jadi Maha bacalah sikit pasal produk ini dimana ia menggunakan campuran 4 jenis herba tradisional iaitu Minyak Kayu Putih, Minyak Buah Pala, Minyak Chengkeh dan Minyak Daun Pudina. Jadi produk ini tidak panas dan tidak berangin ia sangat sesuai untuk kulit bayi dan kanak-kanak. Ia juga menghasilkan bau yang menenangkan dan mempunyai ciri-ciri antibakterial.


Cara penggunaannya korang boleh tonton video ni dimana cara nak mengurut pada kulit bayi dan tempat-tempat yang sepatutnya.


Produk ni dah ada kat pasaran masa abang Maha beli dia kata boleh beli secara online jer dengan hubungi seperti di bawah ini :-

No Tel : 012-699 2604


Harga pula sangat mampu milik hanya RM53 sebotol 100ml dan ia mampu tahan selama 2-3 bulan mengikut cara penggunaan. Jadi setiap keluarga mesti kena ada produk ini untuk pastikan anak anda sentiasa dilindungi setiap waktu. Ibubapa pun boleh guna juga produk ini dalam keadaan yang meragam kerana ia sesuai untuk semua peringkat usia. Saya bukan doktor atau bomoh saya cuma pekongsi pendapat.






5 Sebab Kenapa Macao Mesti Ada Dalam Kalender Pecutian Korang Mulai Sekarang

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ni bukan lah kaki melancong sangat tapi bila ada masa dan peluang mesti akan pergi. Selalu yang dekat-dekat jer lah. Sekali pengalaman pergi China tahun 2013 masa tu memang seronok sangat sebab dapat pergi negara orang.


Tapi kali ni satu lagi lokasi di Negara China juga yang tak kurang hebatnya untuk kita kunjungi. Mungkin lepas ni kita boleh masukkan dalam kalender percutian setiap tahun. Mana lagi kalau bukan Macao satu bandar cahaya dan pernuh warna-warni bagi pandangan Maha lah. Selalu dengar nama Macao promosi untuk pergi sana tapi tak ada plan pun untuk ke sana.


Semua berubah setelah Maha berkesempatan untuk pergi ker program ‘Experience Macao & Year End Macao Mega Sale’ yang telah berlangsung baru-baru ini di Paradigm Mall. Masa tu memang gila-gila promosi yang murah dilakukan untuk sapa-sapa nak pergi melancong ke sana. Harga runtuh untuk hotel dan juga pakej-pakej perjalan 3H2M serta aktiviti yang bakal dianjurkan.



Promosi lebat yang dilakukan oleh Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao ini untuk bulan Disember sehingga tahun depan. Bulan Disember ini dengar cerita penuh dengan pelbagai aktiviti kalau datang ke sana. Maha senaraikan antara beberapa aktiviti yang telah dirancang sepanjang bulan depan di Macao.

1)    2016 Macao Galaxy Entertainment International Marathon


Orang Malaysia ni memang suka aktiviti lari-lari macam ni ada yang suka kumpul madle dan ada yang meman nak uji ketahanan diri. Tapi tak kisah apa korang suka kat Macao juga ada program marathon ni yang akan diadakan pada 4 Disember 2016 ni. Ada 3 kategori untuk larian kali ini iaitu Marathon, Half Marathon dan Mini Marathon. Hadiah yang ditawarkan bukan calang-calang wang tunai ok jadi kalau bercuti sambil masuk aktiviti ini menang hadiah dah berbaloikan.




2) 2016 Parade Through Macao Latin City


Satu lagi aktiviti yang menarik bulan 12 ni kat Macao. Ia adalah satu kisah klasik purba Cina yang paling popular yang merekodkan geografi zaman purba, dewa-dewa, binatang-binatang dan mitos pelik. Masa tu kita nak tengok pelbagai karektor yang ada dalam sejarah Macao. Maha suka tengok program-program macam ni sebab ia warna-warni dan meriah.




3) Macao Light Festival


Ni lagi best yang antara Maha suka iaitu malam persembahan cahaya. Seluruh bandar Macao di penuhi dengan cahaya lampu. Waktu tu juga ada persembahan bunga api serta pencahayaan pada bangunan-bangunan bersejarah di Macao bermula dari 6-31 Disember 2016. Kalau kat Malaysia ni macam festival LAMPU anjuran Putrajaya. 




4) 1st International Film Festival & Awards


Majlis anugerah berprestij yang dianjurkan untuk penggiat seni di Macao juga seluruh dunia. Filem Malaysia juga pernah tercalon dalam anugerah ini. Jadi semua peminat seni dan juga filem seluruh dunia masa korang sesuai untuk bercuti di sana. Majlis anugerah ini akan berlangsung pada 8-13 Disember 2016 ini jadi booking tiket korang sekarang juga.



5) Formula 3 Macao Grand Prix


Ni buat pecinta motor dan kereta masa korang nak pergi tengok perlumbaan laju yang menarik. Perlumbaan ini diadakan di tengah-tengah bandar Macao dan semua orang boleh tonton sambil santai-santai atau juga pada skrin besar yagn disediakan.



Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang ada tapi Maha tak dapat nak cerita semuanya kat sini nanti tak habis-habis. Korang boleh dapat info lebih di laman web dan juga facebook yang Maha senaraikan kat bawah ini. Lepas ni korang rasa nak datang Macao tak? Selain daripada tempat yang unik dan cantik juga ada pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk pelancong-pelancong yang datang ke Macao.


So hujung tahun bersamaan dengan musim cuti sekolah ni boleh bawa semua family dan anak-anak pergi bercuti ker Macao. Mereka juga menganjurkan pertanding dengan pembelian mana-mana pakej pecutian ke Macao sehingga Disember ini. 

Korang layak untuk sertai peraduan SMS LUCKY DRAW.
1) Booking Macao pakej sebelum 31st DEC 2016
2) SMS <LOVEMACAO><SPACE><What you love about Macao?>
3) Hantar ker 68886
Hadiah korang leh menang kad Touch n Go bernilai RM500.

Anda terlepas Jualan Mega Akhir Tahun Macao? Jangan bimbang! Tapak pameran Pelancongan Macao akan kembali ke pameran MATTA tahun hadapan, 17-19 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra, turut akan menampilkan peraduan dan permainan yang lebih menarik untuk anda menangi lebih banyak cenderamata.

Tempahan dan pertanyaan layari :-






Minyak Herba Asma Mujarab Kenali Kebaikan Dan Keaslian Yang Sebenar

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Rawatan Lelah, Asma dan Batuk yang teruk memerlukan pemerhatian yang tinggi dan juga belanja yang agak besar. Tapi semenjak adanya produk Minyak Herba Asma Mujarab dapat membantu dalam mengurangkan semua penyakit yang disebutkan tadi.


Menggunakan produk tradisional ni memang satu yang kadang-kadang kita tak percaya pada semua ni tapi bila dah cuba sendiri baru kita rasai kebaikannya. Minyak ni dihasilkan dengan cara tradisional dari kampung dan juga menggunakan herba-herba kampung.


Penggunaan yang kerap pada tubuh badan mengikut keadaan penyakit yang dialami dapat memberi kesan yang lebih cepat. Seperti kalau batuk boleh urutkan minyak ni dibahadian tengkok In Sha Allah akan kurang. Juga boleh sapu di dada, belakang badan dan tapak kaki. Boleh digunakan oleh semua peringkat usia dan paling bagus ia sesuai untuk kanak-kanak juga kerana tidak begitu panas.


Ramai orang telah menggunakannya dan setakat ni dah diperkatakan kehebatannya serata negara seperti Thailand, Indonesia, Myanmar, Singapura dan banyak lagi. Korang leh tengok sendiri beberapa testomoni yang telah menggunakan produk ni. Ramai yang berpuasa hati dan terus menggunakan produk minyak ini sahaja tak bertukar.


Tapi awas kalau dah mula produk mendapat perhatian dan mujarab ni ramai pula yang mula mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan produk tiruan. Peranan kat sini nak pastikan korang tidak tertipu dengan produk tiruan dan juga cuba mengaburi pengguna dengan ciri yang tidak betul. Jadi berikut adalah cara untuk mengenalpasti antara produk asli dan tiruan.



Korang juga boleh tonton video di bawah ni nak tahu lebih pasti antara produk asli dan juga yang tiruan. Mereka menggunakan Hologram yang berkualiti tinggi beserta QR Code bagi menambah baik dan memudahkan para pelanggan mengenalpasti antara produk asli dan palsu.


So paling senang korang nak dapatkan produk yang asli adalah dengan membeli melalui saluran yang betul. Korang boleh dapatkan maklumat mana nak dapat dengan melayari Facebook dan juga laman web mereka. Juga boleh hubungi no seperti dibawah. Harga pun sangat berpatutan hanya RM39 sebotol sahaja. Saya bukan doktor atau bomoh saya cuma pekongsi pendapat.

Maklumat lanjut dan nak order boleh layari :
Facebook : www.facebook.com/PenawarSemputLelahDanAsma
Laman web : http://herbaasma.com
No Tel HQ : En. Hafis  013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)
                    Puan Nurul  017 6239935 ( Produk Owner)




Ruam Bayi Powder Alternatif Rawatan Penyakit Kulit Eczema, Psoriasis, Kayap Dan Ruam

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini ada masalah kulit seperti Psoriasis, Ekzema, Kurap, Panau, Kayap, Ruam susu (bayi), Ruam panas, Kudis, Kudis buta, Cacar air, Jerawat, Luka Dan lain lain masalah kulit. Maha nak kongsi ngan korang satu produk tradisional untuk merawat semua ini iaitu Ruam Bayi Powder.


Bedak Ruam Bayi ini dihasilkan daripada tanah liat putih yang telah dicampurkan dengan air galian asli. Ia adalah tanah liat putih yang bermutu tinggi ini adalah tanah liat putih yang terbaik di dunia. Sebab dalam Al Quran pun ada menyebut dari tanah kita datang kepada tanah kita kembali. 


Jadi ini adalah cara semulajadi merawat penyakit kulit. Ada beberapa fakta yang korang kena tahu tentang produk ini :-
  1. Ia mengandungi mineral semulajadi yang bertindak menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit.
  2. Cepat meresap dalam kulit. Kulit terasa sejuk dan lembut .
  3. Satu bekas tahan agak lama. Selalunya bertahan beberapa bulan.
  4. Walaupun ia tidak semahal produk-produk lain, Alhamdulillah setiap kali sapu ruam atau penyakit kulit anak-anak kita semakin berkurangan.
  5. Bebas Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya.
  6. Selamatlah anak-anak anda terutama yang masih bayi, sebab kandungannya dari 100% bahan semulajadi seperti tanah liat putih dan air galian yang telah ditapis secara khusus.
  7. Ruam Bayi Powder ini sememangnya sangat menjadi pilihan ibubapa untuk bayi mereka terutama masalah berkaitan ruam. 
Paling berkesan penggunaan produk bedak ini adalah dengan menggunakannya bersama Air Zam Zam atau airmineral yang telah ditapis. Campurkan dengan bedak ini dan sapukan dikawasan yang bermasalah. Lakukan selalu sehingga keadaan menjadi pulih dan penyakit kulit berkurangan.


Kat bawah ni ada beberapa orang testimoni pengguna yang telah menggunakan sendiri produk ini dan menyatakan keberkesanan terhadap masalah kulit mereka. Jadi tak perlu bimbang kerana ia selamat dan tidak menggunakan sebarang bahan kimia untuk dihasilkan. 



Produk ini telah berada dipasaran dan boleh didapatkan dengan mudah. Tapi awas elakkan daripada produk tiruan yang telalu banyak diluar sana. Selalu orang akan mengambil kesempatan untuk mengaut untung atas kealphaan orang lain. Jadi pastikan ori baru beli ok.


Untuk memudahkan dan menyenangkan korang mendapatkan produk ni secara dalam talian boleh hubungi no yang tertera atau juga layari laman Facebook mereka seperti dibawah ini. Moga perkongsian sedikit sebanyak ini dapat membantu korang dalam mencari penyelesaiaan masalah kulit. Saya bukan doktor atau bomoh saya cuma pekongsi pendapat.

Maklumat lanjut dan order hubungi :
No Tel HQ : En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)
                     Puan Nurul 017 6239935 ( Produk Owner)
Facebook : www.facebook.com/ruampadabayi
Laman Web : www.bedakruambayiori.com








Rahsia Sebenar Untuk Percutian Percuma Telah Terbongkar di TouristGuide.com.my

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bila sebut travel atau melancong ke luar negara kita akan terbayang bajet yang tinggi dan juga kena start kumpul duit bertahun-tahun betul tak. Kadang-kadang sanggup bergadai dan juga buat pinjaman semata-mata nak realisasikan percutian impian kita.


Tapi sebenarnya banyak rahsia yang telah ditunjukkan oleh banyak pihak bagaimana nak dapatkan pakej percutian yang percuma.
Salah satunya melalui laman sesawang TouristGuide.com.my yang sebenarnya diasaskan oleh orang Malaysia sendiri.


Laman web percutian secara bijak dan jimat ini baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 24 November 2016 yang bertempat di Hotel Westin Kuala Lumpur. Majlis perasmian yang berjalan penuh meriah turut dihadiri tetamu VIP iaitu En Mohd Akbal Setia Pengarah Tourism Malaysia Kuala Lumpur juga bersama penyanyi muda yang paling berjaya iaitu Akim Ahmad

Akim Ahmad bersama En Mohd Akbal Setia

En Mohd Akbal Setia

Pada hari tersebut juga En Devan Kumar selaku Pengarah Urusan TouristGuide.com.my turut memberi ucapan pengenalan kepada laman sesawang ini. Majlis dimeriahkan dengan persembahan tarian kebudayaan dan majlis perasmian oleh barisan VIP. 

En Devan Kumar



Setelah perasmian itu maka dengan rasminya laman web ini boleh didaftar secara percuma untuk korang mendapatkan pakej percutian yang menarik dan hebat juga percutian percuma keluar negara. Jadi sekarang tak jadi masalah dan kerungsingan lagi untuk korang fikir tentang bajet atau juga duit bila nak bercuti.


5 faktor yang menjadikan laman ini begitu membantu korang dalam membuat pilihan pakej percutian juga mendapatkan percutian percuma. 

Diskaun Istimewa


Pastinya promosi dan diskaun yang dinantikan untuk anda mendapat percutian paling berbaloi dengan hanya mendaftar dilaman web ini. Di sini korang akan ditawarkan pakej percutian paling murah sehingga 75% daripada yang telah ada dipasaran sekarang. Mesti korang nak paling menjimatkan dan beraptutan bukan.

Booking Hotel Pada Harga Yang Lebih Murah


Dibandingkan denga laman web yang menawarkan perkhidmatan perbandingan harga untuk penginapan hotel, TouristGuide juga mampu menawarkan harga hotel jauh lebih rendah dan kadang-kadang diluar jangkaan korang. Lebih daripada 75 ribu hotel yang terlibat seluruh dunia.

Boleh Custom Made Sendiri Travel Pakej Anda


Sekiranya korang telah mendaftar, tak terikat juga dengan pakej-pakej yang disediakan. Korang boleh merangka sendiri pakej percutian idaman macam mana yang sesuai untuk korang.

Ganjaran Cashback


Untuk setiap tempahan yang dibuat oleh anda, anda akan mendapat semula 10% daripada profit syarikat untuk tempahan tersebut.

Peluang Melancong Secara PERCUMA


Inilah yang sangat-sangat dinanti-nantikan oleh korang kaki melancong ni. Melalui TravelGuide ini korang boleh kumpul point melalui pakej-pakej yang ditawarkan dan korang boleh redeem percutian secara percuma. Nak tahu lebih bagaimana cara ini dapat membantu anda boleh dapat info lanjut di laman web atau di Facebook.com/myTouristGuide.

Apa yang penting sekarang untuk korang dapat semua ini adalah dengan mendaftar di laman web mereka secara percuma. Lepas tu korang bukan sahaja boleh dapat semua tawaran yang Maha nyatakan kat atas ni tapi juga pakej-pakej yang telah berlangsung seperti di bawah ini.






Tempoh Promosi :
Bermula sekarang hingga 30 November 2016

Tempoh perjalanan :
1 April 2017 - 31 March 2018 ( kecuali cuti umum )

Semua pakej ini adalah yang terbaik untuk korang rancang cuti tahun depan atau honeymoon bersama yang tersayang. Rugi kot kalau tak rebut peluang yang ada ni kerana ia sangat-sangat membantu korang yang kadang-kadang rungsing untuk jalan keluar negara tambah-tambah ahli keluarga yang ramai. So boleh sharekan promosi ni kepada kawan-kawan yang cari percutian murah. Selamat bercuti semua.

Tempahan dan maklumat lanjut lain boleh layari :-
Tel : 1-800-38-3338




Warisan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Dengan 5 Pilihan Nasi Kukus

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok sambung lagi untuk tempat makan semasa Maha membuat pandu uji Honda Civic baharu. Kali ni makan malam dekat tengah-tengah KL mana lagi kalau bukan Restoran Warisan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah panjang kan nama tapi rasa?


Restoran ni mudah sangat nak cari terletak di dalam NU Sentral shopping mall jadi korang boleh datang naik public sahaja. Berada di tingkat LG korang boleh datang makan tenghari atau malam kat sini. Makana utama kat sini adalah nasi kukus dan juga ayam goreng berempah.



Yang unik kat sini ada pelbagai jenis nasi kukus boleh korang pilih untuk padankan dengan ayam goreng. Ada Nasi Kukus Telang, Nasi Kukus Pandan, Nasi Kukus Lemak, Nasi Kukus Putih dan Nasi Kukus Perang. Yang Maha cuba adalah Nasi Kukus Telang yang menggunakan Bunga Telang untuk mendapatkan warna biru ni macam nasi kerabu.


Yang Maha makan ni adalah set makan beramai-ramai sebab tu Ayam Goreng Berempahnya diletak banyak macma tu. Kalau yang datang bersama pasangan atau kawan-kawan boleh pilih set seorang makan. Tengok ayam gorengnya memang nampak garing dan rasa rempah dalamnya sedap.



Pulak tu korang boleh pilih kuah Telur Rebus Sambal atau Rendang Daging yang terbaik ni. Dua ni kombinasi yang sangat sesuai untuk memenuhi makan malam korang. Pastu boleh ambil Keropok Ikan untuk lagi selera tu yang Maha suka lah kat sini.


Kalau tak nak makan nasi pun ada juga makana lain seperti Mee dan juga yang ni Maha cuba adalah Satay. Rasa satay ni agak unik kerana ia bukan diperap dengan rempah biasa tapi rasa seperti satay panggang. Macam mana tu kena datang cuba sendiri ok. Selamat menjamu selera semua.

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5




Restoran Bahtera Santai Seafood Antara Pilihan Makanan Laut Di Penang

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari tu Maha berkesempatan ke Pulau Mutiara untuk tugasan kerja, pergi dengan kawan tapi tak lama cuma 3 hari jer. Dah alang-alang ada kat sana memang plan pun nak pergi makan kat restoran yang menarik untuk cari makan.


Selalu orang kat kalau datang Penang mesti kena cuba Nasi Kandar bukan, tu dah biasa tapi kalau korang nak tahu Maha ada senaraikan5 top meletop tempat makan di Penang untuk rujukan sebelum ni. Cuma kali ni Maha nak cari makanan laut pula sebab teringin nak makan.


Cari punya cari dapat rekmendation daripada kawan yang tinggal kat Penang sebuah restoran agak menarik iaitu Restoran Bahtera Santai Seafood. Terima kasih buat Abang Abu yang rekmen tempat ni. Terletak di Gelugor dekat tepi Persiaran Bayan Mutiara. Restoran ni kalau korang datang malam memang cantik bercahaya.


Reka bentuk restoran ni ada pondok-pondok kecil yang direka dari kayu dan buluh juga dihiasa dengan lampu-lampu neon yang berwarna-warni. Masa datang hari tu hujan jadi tak berapa nak boleh jalan luar-luar tengok kawasan. Memang santai juga kawasan ni rupanya. 


Paling menarik makanan laut kat sini ada pelbagai pilihan korang boleh pilih sendiri apa lauk yang korang nak. Ada ikan, sotong, ketam, udang, kerang dan macam-macam lagi. Maha order malam tu Ikan Bakar iaitu Ikan Jenahak, order Sotong Goreng Tepung, Tomyam Campur, Sayur Kailan Ikan Masin, Telur Dadar dan juga Puyuh Goreng Kunyit.


Korang kena datang malam baru puas sebab restoran ni tutup pukul 3 pagi. Tapi datang awal sebab selalu stock seafood tak banyak cepat habis kalau hari minggu terutamanya. Korang boleh minta mereka masak apa sahaja masakan tapi ikan tu best buat bakar mesti kena cuba.


Selain dari seafood ada juga makanan lain yang best seperti satay, masakan panas seperti nasi goreng dan banyak lagi. Minuman pun menarik kita orang pilih jus buah lah baru kena makan dengan makanan laut hehehe. Tapi enjoy lah makanan laut harga pun boleh tahan dan berpatutan. Jadi kalau datang Penang jangan tak cuba makanan lautnya selain dariapda Nasi Kandar ok. Selamat mencuba.






Ini Rupanya Biskut Gery Saluut Malkist Yang Viral Di Laman Social Tu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Patutlah sekarang orang duk perkatakan pasal Biskut Gery Saluut Malkist tu. Maha sendiri juga terjebak beli juga biskut ni sebab tengok kawan-kawan duk update kat facebook hari-hari makan biskut ni sedap sangat ker.



Sebelum ni usha-usha orang yang jual secara online jer ingat nak beli tapi dapat tahu yang kat Mydin USJ ada jual stock biskut ni terus pecut bawa kereta pergi beli kat sana. Tak mahal pun hanya RM3.20 sahaja satu pek plastik ni. 



Ada dua perisa lak tu yang satu tu biskut salut dengan keju Perancis yang sweet sangat dan satu lagi pula biskut salut dengan cokolat. Terus beli dua-dua perisa ni sebab nak tahu sedap sangat ker biskut ni. 



Balik sampai rumah terus buka dan rasa sendiri memang betul lah kata ramai orang biskut ni macam berhantu tau. Sekali makan memang tak boleh henti sebab sedap sangat rasanya. Walaupun kalau korang tengok mereka macam gunakan biskut kering biasa jer. Korang nak tahu kena cuba sendiri tak boleh nak dikatakan.



Biskut ini made from Indonesia yang diimport ker Malaysia. Biskut ni juga ada sijil halal daripada Majlis Ulama Indonesia yang telah diiktiraf oleh JAKIM Malaysia. So boleh nikmati tanpa was-was. Lepas ni akan beli lagi selagi masih ada stock dan juga sebelum ia jadi lebih popular. 





Resepi Popular 2016 Yang Menjadi Viral Dan Pilihan Rakyat Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah sampai kita ke penghujung tahun 2016 yang penuh dengan suka duka dan kisah menarik dalam dunia blog ni. Maha sendiri pun tak sangka dah 6 tahun dalam dunia blog ni.


Tahun 2016 ni bayak resepi makanan yang menjadi viral dan juga popular pilihan rakyat Malaysia. Pasti korang ingat lagi akan beberapa yang telah mendapat perhatian apabila keluar dalam laman social. Maha senaraikan beberapa makanan yang telah menjadi perhatian sepanjang tahun 2016.

Aiskrim Sumi Jelly


Yang ni paling menjadi viral sangat sepanjang tahun 2016 ni. Tak tahu sapa yang mengasas kepada resepi ni tapi Maha juga terjebak. Akhirnya Maha hasilkan video untuk sapa-sapa nak buat resepi aiskrim Malaysia ni.


Siap ada orang buat business lagi untukresepi Aiskrim Sumi Jelly ni. Tak boleh lawan lah aiskrim luar negara kerana begitu popular dangat masa tu. Kalau korang nak buat boleh tengok video resepi yang Maha sediakan ok.

Cotton Cheese Cake 


Ni satu lagi resepi paling mendapat perhatian daripada pembaca blog dan juga pengikut Facebook Page Mahamahu korang boleh follow ok. Tak sangaka juga sehingga ke hari ni video ini mendapat 326,021 views, 1.7k like dan juga 10,445 shares. Maha belajar buat Cotton Cheese Cake ini daripada youtube luar negara juga saja cuba-cuba tak sangka menjadi.


Setiap kali buat Alhamdulillah memang menjadi dan boleh lah nak buat makan sendiri, harijadi dan juga majlis potluck dengan kawan-kawan office. Tak ada plan nak business saja nak suka-suka buat jangan tempah dengan Maha ok hehehe.

Churros


Sapa tak tahu kalau sebut je berebut orang nak makan resepi yang mudah dan sedap ini. Tak silap ia datang dari negara Sepanyol dan menjadi viral di Malaysia dalam tahun ni. Resepi ni pun jadi pilihan rakyat Malaysia yang nak cuba buat tak susah pun mudah jer.


Chorrus ini pun dah popular sehingga ke negara-negara Asia lain seperti Korea yang mana telah buka cawangan restoran Chorrus kat Malaysia. Sebab tahu rakyat Malaysia suka pada makanan yang simple dan muda untuk dinikmati. Kalau nak resepi lebih boleh pergi ker Youtube Mahamahu Channelsana resepi Chorrus ni pun ada.






#trowback 2016 Blog Makan Mahamahu.com

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Esok dah kita melangkah ker tahun baru 2017 dan pasti memori tahun 2016 banyak yang membuat kita lebih berkeyakinan. So nak imbau sikit kenangan 2016 yang indah dalam blog Mahamahu ni. Kalau sapa yang ingat lagi ok lah kalau sapa yang tak tahu mai kita kronologikan segala yang berlaku tahun ini.

Mac 2016


Paling sejarah dalam dunia blog ni memang Maha tak sangaka tapi ini adalah satu pencapaian yang membanggakan setakat ni dalam dunia blog. Menerima anugearah Best Foodie Blog MSMW 2016. Satu lagi pemangkin usaha Maha untuk lebih berjaya dalam dunia bloging ini dan menjadi yang terbaik antara terbaik.


Terima kasih paling tak berharga pada semua pembaca blog makan Mahamahu ini kerana sokongan semua blog ini masih lagi bertahan dan juga kerana pembaca ia terus berkongsi segala yang menarik dalam dunia seni makanan ini. 

April 2016


Buat pertama kalinya Maha sebagai food blogger mendapat undangan menjadi juri jemputan untuk sebuah pertandingan memasak. Pertandingan Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 yang telah berlangsung di Shah Alam bergandingan bersama dengan chef profesional dan popular Chef Jo.


Masa tu rasa macam kita ni pun kerdil baru berlajar dalam dunia masakan tapi dijemput untuk menjuri bukan calang-calang peserta mereka adalah peniaga masakan. Jadi ia adalah pengalaman berharga dan boleh digunakan dimasa akan datang untuk memantapkan lagi skill memasak Maha.

June 2016


Bulan ni bersamaan dengan bulan Ramadhan sangat-sangat begitu menjadi memori dalam hidup Maha kerana satu pengalaman bersejarah tak akan dilupakan buat selamanya. Maha menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan Umrah buat pertama kali dalam hidup ini. Paling best berpuasa dan juga berhari raya di tanah suci Makkah satu yang sangat-sangat tidak boleh dilupakan. Kalau nak tahu kisah Maha kat sana boleh baca di artikel Perjalanan Umrah Mahamahu Pertama.


Terima kasih kepada penganjur program Sepetang Bersama Blogger kerana pada hari tersebutlah Maha mendapat hadiah pakej umrah ini. Rasa bila lagi dapat menjejakkan kaki ke tanah suci ini lagi. Moga Allah berikan kesempatan kepada Maha dan semua pembaca untuk sampai ke sana juga.


Dalam bulan ini jugalah rakaman shooting pertama Maha untuk program masakan di TV3 ditayangkan. Program bertajuk Memasak Bersama Chef Mail dan Pensonic adalah pengalaman pertama memasak dalam kaca TV satu pengalaman yang sangat menyeronokan. Harap-harap ada algi tawaran shooting bersama chef profesional boleh tuntut ilmu lebih.

Rasa setakat itu lah kisah-kisah throwback yang sangat besar dalam dunia blogging seorang blogger bernama Mahamahu sepanjang tahun 2016. Korang mesti lagi hebat bukan dari Maha tapi ini hanya sekadar memori yang menjadi pengalaman untuk mematangkan diri. Moga tahun 2017 membawa lebih kebaikan kepada blog Mahamahu dan anda selaku pembacanya. Terima kasih semua yang sudi membaca blog makan ini.







Resepi Pertama Tahun 2017 Jagung Manis Lemak Berkrim Dari Dapur Maha

$
0
0
Salam tahun baru kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah kita dah masuk tahun 2017 pasti korang ada azam baru dan juga cerita baru untuk dimulakan. So Maha pun hari ni mulakan posting pertama diblog sempena tahun baru ini dengan resepi pertama tahun 2017.


Resepi Jagung Rebus Manis Lemak Berkrim atau ada sesetengah negara panggil JASUKE. Resepi ini sebenarnya dah buat tahun lepas lagi cuma tak berkesempatan nak upload dalam blog. So carry forward tahun ni sebab memang nak kongsi resepi yang dah viral ni hehehe. Maha cuba buat pembaharuan sikit ikut cita rasa Maha. Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha gunakan.


Bahan-bahan memasak Jagung Rebus Manis Lemak Berkrim ini :-

1) Cheddar Cheese
2) Susu Segar Penuh Krim
3) Butter
4) Yoghurt Segar
5) Susu pekat manis
6) Jagung segar

Untuk bahan-bahan ni Maha tak letak sukatan kerana ia ikut suka-suka hati korang nak letak berapa banyak sebab setengah orang suka banyak rasa cheese. Tapi pastikan ia mengikut berapa banyak jagung yang korang nak rebus tu nanti tak cukup lak. So cara nak memasak kena tonton video ini sampai habis mesti jadi. 


Jadi apa pendapat korang tentang resepi yang Maha buat kali ni. Ni pun cedok daripada beberapa resepi yang telah viral kat FB cuma Maha ubah sikit-sikit mengikut nafsu Maha sendiri wakakaka. Korang boleh buat tambah banyak lagi nak letak kulit kayu manis pun boleh. Terpulang kerana resepi tiada batasan ia adalah ciptaan.


Hasilnya selepas rebus selama 15 minit sahaja ok. Selamat mencuba kepada semua.





Limpahan Emas Tahun Ayam Jantan Di Buffet Tahun Baru China Armada Hotel Petaling Jaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Wow tahun 2017 ni banyak cuti yang panjang. So kita dah boleh plan untuk any aktiviti awal tahun ini sebelum terlambat. Seperti cuti sempena dengan Tahun Baru China kali ini agak lama dan banyak boleh buat. Salah satunya kita makan besarlah banyak ONG tau hehehehe.


CNY tak sah kalau tak ada makanan yang banyak dan meriah terumata hidangan wajib iaitu Yee Sang. Kat Armada Hotel ini mereka sediakan bukan satu tapi ada dua pilihan Yee Sang yang menarik dan terbaru. Satu Prosperity Yee Sang With Salmon, Coral Clams and Ayam Percik With Special Ayam Percik Sauce. Ini baru kerana mengandungi daging ayam yang dipanggang bersama sos percik.


Kedua pula adalah Prosperity Yee Sang With Salmon and Soft Shell Crab In Roasted Sesame Sauce. Ini pun best banyak bahan dalam satu hidangan ni puas gaulkan Yee Sang ni. Kena dengan kalender cina tahun ini iaitu tahun Ayam Api yang memberi semangat dan kekuatan kepada pengamalnya.






Turut meriahkan buffet tahun baru kali ini di hotel ini adalah hidangan tradisional dan modern masyarakat cina seperti Herb Chicken Consomme With Scallops Flakes, Fried Rice With Smoked Chicken Ham, Deep-Fried Fish With Cheong Cheng Sauce, Steamed Chicken With Keong Chung, Stir-fried Four Angle Beans With Belacan and paling sedap Baked Tiger Prawns With Eggs Yolk Au Gratin.





Banyak lagi hidangan yang ada tapi yang ni Maha sempat cuba hari tu kat hotel ni. Jangan risau hotel ini dapat sijil Halal dari Jakim untuk kafe mereka. Jadi semua orang boleh makan hidangan tahun baru kali ini. Kalau hari raya ni mesti orang akan cari biskut atau kuih muih right. Kat sini pun mereka ada juga sediakan kuih Kapit. kuih Tart dan banyak lagi. 

Dessert istimewa kat sini adalah Double Boiled Sea Coconut With White Fungus. Selalunya kita minum air kelapa laut ini sejuk tapi kat sini mereka sediakan dalam keadaan suam. Jadi datang lah sini bersama keluarga atau kawan-kawan semasa cuti tahun baru ini kerana ia bagaikan syurga makanan. 


Harga pun tak adalah mahal untuk buffet ini iaitu RM88+ untuk dewasa, RM65+ untuk warga emas dan RM44+ untuk kanak-kanak. Buffet ini bermula dari 3 Januari 2017 hingga 11 Februari 2017.




Pakej-pakej lain juga ada seperti untuk private party dan juga meja khas boleh tempah. Bagi tetamu yang ingin menikmati menu set eksklusif, Chef Chew dan pasukannya telah sedia empat Set Menu Kemakmuran (setiap meja 10 pax dengan minimum 2 meja untuk private dinning) sesuai untuk makan peribadi dengan keluarga, rakan-rakan atau perniagaan.

  1. Blissful Longevity Set Menu priced at RM 988+
  2. Everlasting Success Set Menu priced at RM 1188+
  3. Bountiful Treasures Set Menu priced at RM 1298+
  4. Golden Health & Prosperity Set Menu priced at RM 1308+

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 03 7954 6888 ext 4557

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5




The Harith Sweet Tooth Homemade Baker Area Shah Alam, Sg. Buloh, Kepong Dan Sekitarnya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang susah nak cari homemade kek yang sedap dan juga ada penghantaran?. Jangan risau Maha ada seorang kawan lama dari zaman belajar universiti lagi. Kalau nak kenal boleh search The Harith Sweet Tooth kat Facebook atau Instagram mesti korang terliur tengok semua kek hasil tangannya. 


The Harith Sweet Tooth tu sebenarnya diambil dari nama anaknya menarik kan. Kalau masa study dulu kami panggil dia Annor kawan satu kelas ngan Maha. Tapi dulu dia study IT tapi sekarang dan aktif menjadi usahawan bakeri lak. Wow terkejut juga semasa Maha tahu dia mula ceburi bidang ini. Tapi bagi Maha apa sahaja yang kita buat kena bersungguh dan ada ilmu betul tak.


Sebenarnya Maha dah merasai kek hasil tangan beliau ini sejak tahun 2015 lagi. Kalau korang ingat dia pernah sponser kek untuk majlis Rumah Terbuka Mahamahu Raya. Sapa-sapa yang datang masa tu ingat lah memang kek dia habis dulu dan ramai orang puji betul tak.


Jadi sebab dah suka pada kek dia ni Maha pun order lagi beberapa kali untuk kadang-kadang makan sendiri jer. Sebab kek yang dihasilkan ada pelbagai saiz dan boleh beli untuk makan suka-suka bila teringin. Antara jenis kek yang dihasilkan adalah seperti :-

1) Brownies Nuts Caramel Drizzled
2) Brownies Nuts Caramel & Nutella
3) Congobar
4) Red Truffle Brownies
5) Red Truffle Brownies Oreo
6) Kek Pandan Gula Melaka
7) Kek Coklat Berhantu
8) Whoopie Pie
9) Mango Cheese Cake

Brownies Nut Caramel

Maha hari tu ada repeat order beberapa kek yang favorite antaranya kek Brownies Nut Caramel yang bersaiz mini. Harga hanya RM10 sahaja memang ok. Yang ni memang saiz kecil jer korang boleh beli bila-bila nak makan petang atau nak jamu kawan-kawan yang nak datang rumah.

Manggo Cheese Cake

Kemudian Maha order pula Manggo Cheese Cake yang ni pun saiz mini juga 4inchi boleh lah buat minum petang. Harga nya hanya RM25 sahaja tak mahal pun rasa Mangga pun sedap. Maha habis sekejap jer tak sampai sehari wakakaka suka makan kek.

Devil Food Chocolate Cake

Kalau korang dah rasa tergoda dengan kek hasil tangan seorang ibu ini boleh lah buat tempahan sekarang. 
  1. Contact Annor bagi kawasan sekitar Puncak Alam di 012-798 3835
  2. Ejen kawasan Sg Buloh& sekitarnya contact Anor 012-242 9857 (cover juga area Sg Besi)
  3. Ejen kawasan Kepong& sekitarnya, contact Zue 012-626 4202 (cover juga area KLCC, Ampang, Damansara Damai, Jinjang, Subang & Putrajaya)
  4. Ejen kawasan sekitar Bkt Jelutong, TTDI Jaya, Sek 13 Shah Alam boleh contact Fara 0111-944 2598
Juga korang boleh terus pergi ke laman Facebook dan Instagram beliau :-




 

Ini Cara Pekerja Makan Gaji Lakukan Untuk Booking Hotel Murah Secara Online

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Artikel ni untuk mereka yang bekerja makan gaji macam Maha ni tapi ada cita-cita nak bercuti luar negara dengan murah. Bukan percuma tapi ia dapat mengurangkan kos penginapan hotel terutama untuk percutian yang jauh.


Maklumlah sebagai orang yang bergaji setiap bulan ini kadang-kadang komitmen lain lebih banyak sehinggakan nak menyimpan banyak dalam masa singkat agar sukar. Nak dapatkan percutian percuma kena masuk contest. Jadi kena bijaklah bila masa nak membooking hotel atau nak mencari lokasi menarik.

Pengalaman Maha sendiri lah sebelum ini kadang-kadang dah booking flight setahun lebih awal tapi bila tiba masanya ada sahaja urusan lain yang terpaksa menggukan bajet hotel tersebut. Jadi pada masa yang nak berjalan tu dan tak ada duit so ada pernah terpaksa cancel percutian tu. Sedih juga sebab semua sekarang gunakan banyak duit.


Tiada perkara percuma tapi ada perkara yang murah dan menjimatkan. Betul kata orang bercuti dalam negara pilihan terbaik tapi kadang-kadang nak juga rasa suasana negara orang. Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan jadi tak salah sekali sekala nak bercuti luar negara.

Caranya mudah sahaja dengan membeli melalui laman web Paylesser. Laman web ini menyediakan kupon, diskaun dan skim pembelian bukan sahaja hotel tapi macam-macam lagi.  Di antara jenama popular yang bekerjasama denga mereka dalah Asus, Apple, Samsung, Ray-Ban, Tesco, LG, Sony, Nikon, Rahsia Victoria, Calvin Klein, Charles & Keith  dan juga banyak lagi.


Cuma kali ni Maha focus untuk mereka nak booking hotel secara online sebab ada kawan bertanya macam mana Maha dapat bercuti jauh-jauh dengan murah. Mesti korang nak tahu bukan jadi kat sini ada 2 cara yang mudah dan dapat membantu merialisaskikan impian korang itu.

Kat sini ada dua link yang korang boleh gunakan untuk booking hotel secara dalam talian satu link untuk Hotels.com kod diskaun klik jer sini. Kalau korang selalu beli gunakan online ni baik korang booking hotel kat Paylesser ini kerana mereka menyediakan kupon diskaun. Jadi harga yang korang dapat boleh dikurangkan daripada harga biasa yang korang tengok kat laman web asal.


Bagaimana korang nak dapatkan diskaun ini hanya pergi sahaja ke link yang Maha berikan tu dan klik nanti akan keluar laman yang memaparkan beberapa kod diskaun. Jadi korang hanya copy kod tersebut dan buat pembelian dalam laman web asal. Semasa proses pembayaran nanti jangan lupa untuk masukan semula kod diskaun yang telah di copy tadi. Jadi kat situ meraka akan berikan harga yang telah dikurangkan dan jimat disitu.

Kemudian yang kedua adalah AirAsiaGo Malaysia. Yang ni memang agak popular bagi penggunakan yang nak mendapatkan hotel murah. Dengan memalui link Paylesser ini korang akan dapat lagi diskaun kalau beli disini. Jadi gunakan sahaja link yang Maha bagi ni sebab memang terbukti dapat harga hotel lebih baik.


Yang ni pun sama juga bila korang masuk ke laman yang Maha berikan tu aka nada kod diskaun seperti yang Maha tunjukan ikat atas ni. Kemudian korang pergi ke laman asal AirAsiaGo Malaysia dan buat pembelian di situ. Last semasa pembayaran nanti jangan lupa masukan kod diskaun yang korang dapat dari lam Paylesser tadi ok.

Bukan nak paksa tapi pilihan ditangan korang, kalau ikutkan kos pengangkutan dan juga berapa ramai lagi ahli keluarga yang nak pergi bercuti banyak bilik nak kena booking. Dengan guna web Paylesser ini sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kos hotel dan lebihan tu boleh guna pada perkara lain mungkin boleh letak kat bajet makanan. Jadi ia akan menjadikan percutian anda bersama keluarga lebih seronok dan lebih bermakna lagi.


Ini Cuma cadangan sahaja ia terpulang kepada adan sebab Maha rasa guna Paylesser ni memang mudah dan senang mereka pun rekmenkan lokasi yang dekat dan hotel yang selesa. Selalu korang beli terus kat laman web mereka apa kata gunakan Paylesser ini kerana ia ada lagi diskaun kepada setiap hotel yang di booking. Paylesser menawarkan koleksi menakjubkan baucar yang anda boleh tebus dan dapat diskaun tambahan apabila membeli-belah di laman web yang berbeza.

Kalau lepas ni ada kawan-kawan atau sedara mara yang juga plan nak bercuti ke mana-mana sahaja rekmen pada mereka untuk membeli melalui Paylesser ini. Kalau kita berkonsi perkara yang baik pasti akan baik datangnya. Maha cuma mahu berkongsi semoga perkongsian ini dapat manfaat pada semua yang membaca blog ini.







Bawa Vaya Tyffyn Ini Mengimbau Memori Mangkuk Tingkat Maha Bersama Keluarga

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tradisi mangkuk tingkat adalah satu lagi kenangan yang menarik zaman dulu kala. Waktu zaman Maha kecil-kecil dulu mak selalu sediakan bekal dalam mangkuk tingkat untuk kami sekeluarga makan kalau balik kampung.


Memang mak ngan ayah dari dulu lagi tak singgah makan kat mana-mana kedai kalau jalan jauh-jauh. Mak akan sediakan bekal makan yang banyak dalam mangkuk tingkat pastu tengah jalan bila lapar kami berhenti tepi jalan makan. Tak kisahlah kadang-kadang dalam ladang getah kami berhenti sebab lapo nak makan.


Lauk yang mak selalu sediakan untuk kami sekeluarga macam-macam ada ayam goreng tu memang wajib. Kemudian ada kuah kadang-kadang Kari Ikan dan juga Masak Lemak. Tapi special mesti kena ada sambal belacan dan juga ulam-ulaman. Memang seronok masa tu dapat makan dengan semua adik-beradik.


Semua tu memori yang indah Maha bersama dengan family dan mangkuk tingkat. Sekaran zaman makin moden dan juga teknologi makin canggih. Mangkuk tingkat pun mengalami revolusi dalam memenuhi keperluan harian kita. Terbaru ni Maha ada dapat mangkuk tingkat yang bukan setakat cantik tapi canggih kot. VayaTyffyn pengeluar produk mangkuk tingkat antarabangsa ini telah mula masuk ke Malaysia.


Maha sendiri dah guna mangkuk tingkat ini dan memang ternyata ianya mempunyai ciri-ciri yang jauh beza dengan yang tradisional. Mari Maha ceritakan kat korang keistimewaan mangkuk tingkat ni banding dengan yang lain. Mana tahu ada yang jatuh hati dengan rupanya Maha suka comel jer hehehe.

1) Penebat VacuTherm


Mangkuk tingkat kepentingannya adalah diding bahan yang tahan lasak dan juga tahan karat. Produk ini dibuat dari keluli yang mampu mengekalkan kesegaran makanan dalamnya. Maha teruja juga tengok bekas ini kerana dindingnya memang cukup keras dan lasak kalau jatuh tu kemik tapi tak bocor, jangan lah bagi jatuh lak ok.

2) Mengekalkan kepanasan makanan selama 5 hingga 6 jam


Wow mangkuk tingkat ini ia mampu memerangkap kepanasan makan di dalamnya sehingga 5-6 jam. Jadi kalau kita letak makanan dalam tu yang baru siap masak dan panas ia akan terus kekal lama walaupun kita bawa jalan jauh. So kalau balik kampung dari Penang ke KL mak bekalkan lauk dalam mangkuk tingkat ini bila sampai rumah kat KL masih tetap panas dan sedap.

3)  30% Lebih nipis 


Korang nampak produk ini macam keras dan tebal tapi sebenarnya ia adalah nipis berbanding dengan produk tiffin yang lain. Kalau tengok luarannya reka bentuk bujur dan ketinggian hanya 16.5cm sahaja dan tak berat untuk digalas atau juga dijinjing.


4) Tidak mudah tumpah


Yang penting bila nak beli mengkuk tingkat ini adalah pastinya ia mempunyai penutup yang ketat dan tidak mudah tumpah. Kitakan orang Malaysia ni banyak masakan yang berkuah macam Tomyam, Asam Pedas dan macam-macam lagi lah. Kalau letak dalam mangkuk tingkat mesti bimbang tumpah. Tapi produk ini memang terbukti tidak mudah tumpah kerana penutup atas yang padat.

5) Rekat bentuk dan pilihan warna yang pelbagai


Menariknya tentang  mangkuk tingkat ini ia ada banyak pilihan dari segi warna. Yang Maha dapat ni adalah warna Wool atau ungu bersama corak batik. Ada 3 jenis warna untuk mangkuk tingkat Vaya ini iaitu Graphite, Maple dan juga Wool yang Maha sedang guna ini. Mana satu pilihan hati korang boleh beli sekarang juga hehehe.

Maple, Graphite dan Wool

6) Kelengkapan beg galas


Special mangkuk tingkat dari Vaya ini juga mereka sediakan satu BagMat untuk setiap satu set. Korang tengok rupa beg pun sama warna dengan mangkuk tingkat tu. Beg ini bukan sebarang beg tau ia kalis air, mudah untuk dibersihkan dan juga ia boleh dijadikan alas makan untuk yang berhenti tepi jalan nak makan. Sangat mudah, efisyen dan canggih.

 

Sebagai orang yang dah gunakan mangkuk tingkat dari Vaya ini memang rasa puasa hatilah. Walupun ia hanya ada 3 bekas sahaja tapi cukup lah kalau macma nak pergi kerja bawa bekal Nasi Lemak. Kalau korang tengok antara 3 bahagian tu ada satu yang agar besar sikit yang duduk paling bawah ia special untuk isi nasi, yang dua lagi isi sambal ikan bilis dan juga telur atau kacang betul tak.

Bekal Nasi Lemak 

Bekal Makan Tenghari

Maha suka mangkuk tingkat ini sebab warnanya cantik dan bentuk yang kecil tapi berkuasa. Lepas ni tak malu lah nak bawa bekal dari rumah dengan ekonomi yang makin meningkat dan kos makanan makin mahal jadi gunalah cara yang murah dan mudah iaitu bawa bekal ke pejabat atau sekolah anak-anak. Nak bawa bekal gunalah produk Vaya Tyffyn ni. Tapi nak order kat mana? Boleh layari seperti detail di bawah ni ok.

Pembelian secara online :





Golden Teriyaki Chicken Ayam Perapan Sos Teriyaki Dan Nanas Dari Kenny Rogers Roasters

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tiba masa untuk makan lagi kali ini kita makan ayam panggang special daripada Kenny Rogers Roasters. Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang hujung bulan Januari ini KRR Malaysia sediakan set Golden Teriyaki Chicken.


Keistimewaan ayam panggang untuk sambutan perayaan kali ini ialah ayam diperap dengan sos terayaki dan juga rempah ratus herba bersama dengan potongan nanas. Kemudian ia dipanggang dengan kertas bungkusan untuk mengekalkan rasa dan kesedapan perapan ayam tersebut. Ada dua set hidangan yang disediakan pilihan untuk kali ini.


Set pertama iaitu Golden Teriyaki Soup Meal bersama dengan Zesty Orange Blast juga specialnya kali ini adalah Red Velvet Lava Muffin. Semua yang ada dalam set ini lengkap kot untuk korang makan seorang sebab ada nasi dan soup yang wajib kat KRR. Harga untuk set ini adalah RM23.80 sahaja.

Golden Teriyaki Soup Meal - RM23.80

Manakal set kedua pula adalah Golden Teriyaki Chicken Meal juga bersama dengan Zesty Orange Blast dan Red Velvet Lava Muffin. Yang ini set datang bersama dengan Salad dan juga nasi maklumlah orang Malaysia mesti kena makan nasi hehehe. Harga untuk set ini pula hanya RM21.80 sahaja.

Golden Teriyaki Chicken Meal - RM21.80

Sebab apa Maha cakap Muffin kali ini special kerana bukan sahaja rasa Red Velvet tapi juga dalamnya kalau dipotong mengandungi York Egg. Kuning telur masin dalam tengah tu memberi kesedapan seperti makan kuih bulan. Maha suka Red Velvet jadi muffin ni pilihan Maha sangat.

Red Velvet Lava Muffin


Promosi untuk kali ini bermula dari 3 Januari 2017 hingga 19 Februari 2017 sahaja. Jadi tunggu apa lagi setiap promosi tak lama bila Maha up jer post korang kena terus serbu ok. Seperti mana promosi sebelum ini iaitu Fun Fruity Feast tak lama jadi kena cepat nanti habis menyesal hehehe.


Bukan setakat tu sahaja promosi kali ini mereka juga ada sediakan hadiah misteri. Setiap pembelian 2 set hidangan Golden Teriyaki Chicken ini korang akan dapat 2 Ang Pow bertema ayam untuk Tahun Baru Cina kali ini. Yang penting isi dalam ang pow ni tau bukan ang pow kosong nak tahu kena makan sendiri dan dapatkan angpow ini ok.


Iklan sikit special untuk peminat ayam KRR ni korang ada peluang dalam minggu ni sahaja iaitu promosi Roasters Eating Day. Dimana dengan setiap satu set pembelian akan dapat percuma satu lagi set. Hanya untuk waktu terhad iaitu 11 Jan 2017 hingga 13 Jan 2017 sahaja. Cepat pergi mana-mana cawangan KRR dengan bawa voucher ini sekarang juga.






Viewing all 1332 articles
Browse latest View live